Ads 468x60px

Friday 10 October 2014

Tema Annual Dinner...uniform??

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog kan..hehehe..sibuk dengan assistant baru & juga closing account..
Memang dah lama rasanya nak share pasal Annual Dinner company yg baru lepas 2 minggu sudah tapi kekangan masa duk bertangguh..baru nak basi katanyerrr..hahaha

Mula-mula tema yg diberi untuk kami buat pilihan adalah "Hollywood" atau "Uniform"..sebenarnya, seluruh department account vote untuk "Hollywood"..hahaha semuanya nak feeling2 retis la kononnya tapi ramai plak yg vote tema Uniform..so, terpaksa la cari uniform..

Paling pantas terlintas di fikiran fiza masa tu adalah "uniform sekolah"..Kononnya nk pakai dress ala2 baju sekolah tapi at last, beli jer blaus ala2 "askar comel" mcm dlm gambar ni..hahaha comel la sangat kan..masa duk upload gambar2, terasa banyak perubahan pada kulit fiza yg dulunya kering,kusam & tak bermaya..paling best,ramai pulak yg puji fiza nampak muda dari usia sebenar & mcm org baru2 kawin..wink wink..berbaloi fiza consume set asas kecantikan kulit Shaklee..

Kalau ada kawan2 yg tertanya, apa set asas kecantikan kulit shaklee tu? Jawapannya adalah B-complex,vita C & vita E dan fiza juga minum ESP sebagai tambahan tenaga & diet..hihihi maklum jelah mummy anak tiga yg berkerja & berbisnes mcm fiza mmg sngt sibuk..Puas hati???memang sangat2 puas hati & jimat sbb setiap satunya dpt bertahan sehingga 4-6bln.



Oklah kan share sikit je pasal shaklee..jom tengok gambar annual dinner..hehehehe..fiza kena ambil bahagian dgn game masa annual dinner..ada ke patut MC suruh fiza buat aksi "Yoga"..memang dapat aksi yoga super cute la jawabnya (perasan sngt...hihihi)





Aksi kitorang menyibuk kat receptionist & photo booth...






Macam2 idea diorang beruniform pada malam tu..ada yg jadi doktor, berbaju sekolah, kontraktor, macam2 ada..yg paling best fiza dapat lucky draw no 28..Induction Cooker..berguna sangat2 untuk mummy mcm fiza kan...

Oklah uolls...gud nite..chuppss jgn lupa makan sebiji Vita E dlu sebelum tido..awet muda & anti oksidan yg sngt bagus..dan sebelum fiza terlupa, bulan Oktober ni ada promo ESP Beli 6 percuma 1..jimat hampir RM400..sapa nak, bole sms/Whatsapp fiza di 018-9570223 ye

P/s : hampir semua Account team dlm gambar diatas consume Shaklee tau..ada yg mkn B-complex,Vita C,GLA complex, ESP,Alfalfa & ostematrix...heeeeπŸ˜ŠπŸ˜€πŸ˜






Wednesday 1 October 2014

Kisah Seringgit Fahmi..

Kisah Fahmi & "pakcik" di pasar malam..

Rutin seperti biasa di awal bulan,saya terpaksa stay kat ofis utk settlekan closing account..sampai je nursery dah pukul 8pm..kesiannya anak2 mama kelaparan termasuklah mamanya jugak..hihihi..macam biasa,papa takde sebab bekerja..so,bawak anak2 singgah pasar malam jelah.

Tengah beratur nak beli apam balik,fahmi merengek-rengek mintak duit..kerana malas nk panjangkan rengekan dia,saya hulurkan RM1 (dalam hati ni,takut tercicir kalau bagi banyak2..alahai mamanya pun..)

Dapat je RM1, fahmi tersengih-sengih sambil ucap "terima kasih,mama" dan terus berlari ke arah seberang jalan yg sama..Allahuakbar,berderau jantung saya sambil memanggil namanya..Rupanya RM1 tu dihulurkan kepada seorang pakcik berkopiah putih namun tidak disambut..

Fahmi kemudiannya bersuara bila pakcik berkopiah putih tidak mengambil duit yg dihulurnya.."pakcik..nah..kita bagi"..sambil tersengih-sengih.."maaf ye,atuk tak nampak adik.. terima kasih" kata pakcik tu sambil meraba duit yg fahmi hulurkan..
Allahuakbar..speechless..proud of you my little imam..seronok fahmi bila dia dapat memberi..

Kadang-kadang kita lupa pada nikmat memberi kerana apapun jua yg kita miliki hari ini adalah pemberian Allah yg maha berkuasa & maha pengasih..kadang-kadang kita juga lupa bahawa sedekah itu takkan memiskinkan kita.. .apa yg fahmi buat tu adalah perkara mudah tapi bukan semua dari kita mampu berbuat demikian. Ada antara kita yg selalu meletakkan prasangla negatif bila nak bersedekah..contohnya terdetik dihati bila ada org mintak sumbangan anak yatim,dikatanya sindiket menipu..Ya Allah,tak salah rasanya jika kita memberi jika benar berniat utk sedekah..sekalipun benar dia menipu..itu urusan dia dgn Allah..Dakwah itu mudah & dakwah juga tidak semestinya hanya datang dari ustaz tetapi mungkin dari seorang anak kecik yg bersih hatinya tanpa prasangka..Wallahualam..

Terima kasih Ya Allah atas segalanya..nikmat anak bijak,nikmat anak sihat..nikmat anak yg soleh..InsyaAllah..Aamiin Ya Rabbal Alamin










 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...