Ads 468x60px

Monday 21 July 2014

Soalan lazim AJHT..

Fiza kongsikan pertanyaan normal tentang AJHT utk info bersama

Soalan lazim bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet



Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan
yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan
dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang
muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Apakah ekstrak jagung?
Ekstrak jagung secara semula jadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok
binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi.
Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu
meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka
masa panjang.
Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah
asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja
mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga
mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti
yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan
secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih
tinggi.

Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang dapat menyokong
kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX™ bagi mengoptimumkan
khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.
Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.
Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan
baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh
menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimmnya diserap dengan baik jika diambil secara
berasingan.

Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien
penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu
penghubung yang lain di dalam tubuh.

Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink , tembaga dan mangan?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan
yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
Ya.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda menghidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut & sebotol Advance Joint Health Tablet anda hari ini.

Pengedar Shaklee Anda,
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-9570223



Thursday 17 July 2014

Bengkak Pada Kaki Warga Emas ??..

Selamat petang semua..

Pernah tak anda perasan bengkak pada kaki warga emas? Mungkin juga pada kaki ibu atau ayah anda atau mungkin anda sendiri..Bengkak kaki ni boleh terjadi dimana-mana bahagian kaki termasuklah tapak kaki,buku lali,betis atau peha.Bengkak kaki dikalangan warga emas juga dikenali sebagai Edema.

Antara punca utama bengkak kaki dikalangan warga emas yg berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yg kurang berfungsi dgn baik. Pembengkakan kaki/edema terjadi akibat pengumpulan cecair (yg terperangkap dalam tisu) atau kecederaan tisu/sendi.

Pembengkakan kaki/edema yg dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu dikenali sebagai perpheral oedema. Antara puncanya adalah :

  1. Kegagalan ginjal/buah pinggang
  2. Penyakit jantung
  3. Pembuluh darah kurang berfungsi 
  4. Sistem limfa yg tersumbat
  5. Penyakit buah pinggang
  6. Ubat tahan sakit
  7. Ubat-ubatan utk rawatan kemurungan, diabetes & darah tinggi
  8. Duduk atau berdiri terlalu lama
  9. Darah beku dibahagian kaki
Pembengkakan kaki akibat kecederaan sendi atau tisu biasanya sakit & mungkin disebabkan oleh :
  1. Tendon Achilles yang terputus/cedera
  2. Koyakan ligamen pada lutut
  3. Patah tulang kaki,betis atau buku lali
  4. Penyakit Gout
  5. Osteoarthritis
  6. Rheumatoid Arthritis
  7. Lutut yang terseliuh
Antara pencegahan yang boleh dilakukan adalah :
  • Rawat punca penyebab sebelum bengkak kaki terjadi
  • Dapatkan rawatan awal
  • Mengamalkan petua-petua utk mengurangkan kaki bengkak seperti :
    • Letakkan bantal dibawah kaki apabila berbaring, ini akan mengurangkan bengkak kaki disebabkan pengumpulan cecair
Antara punca yang menyebabkan Edema adalah berkaitan dengan sendi & tulang. Penjagaan kesihatan sendi & tulang adalah penting untuk semua peringkat usia bermula seawal 25 tahun.Tubuh manusia disokong oleh tulang rangka yg terbentuk daripada 206 tulang yg dihubungkan oleh 360 sendi yg mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri.Tulang rangka menjadi pusat pengeluaran sel darah & menyimpan 99% kalsium didalam tubuh. Mengamalkan supplemen tambahan juga membantu membaiki & mengekalkan kesihatan tulang & sendi.

Shaklee menawarkan supplemen tambahan semulajadi untuk menjaga kesihatan tulang & sendi.

Secara ringkasnya kebaikan set terbaik/lengkap untuk kesihatan sendi diatas  ialah : 
  • Memberi sokongan nutrisi kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi. 

Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Hadiahkan buat ibu & ayah atau nenek & atok  kita agar mereka dapat menjalankan ibadat  & aktiviti harian dengan lebih aktif. InsyaAllah ini satu dari usaha kita. Semoga Allah mempermudahkan niat baik kita. 

Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, bengkak kaki ,sakit lutut, sendi dan tulang mereka akan berkurangan dan mereka akan lebih bebas untuk bergerak. Untuk mendapatkannya, hubungi saya Puan Shafiza di talian 018-957 0223 sekarang juga.


Saya Adalah Pengedar Sah Shaklee Anda,
Shaklee ID : 1099239
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-9570223

# sumber rujukan dari http://www.myhealth.gov.my






Demam Untuk Sihat....

Assalamualaikum..

Hari ni 19 Ramadhan 1435...2 hari yg lepas fiza demam selsema..Alhamdulillah, walaupun agak teruk selsema & sakit kepala pada mulanya tapi fiza x perlu ke klinik mcm dulu-dulu..owh lahai kalau ingatkan dlu..penuh sebekas kotak dgn ubat selsema,demam,panadol,migraine..macam-macam jenis ada..
Nape plak tak payah ke klinik?? sebabnya fiza amalkan makan Omega Guard, B-complex,Vitamin C & Vitalea Shaklee..mungkin sistem imun badan ni dah mampu utk bertindak menghasilkan antibodi utk menentang virus demam..hahaha giteww..Apapun Alhamdulillah..klau dulu,mahu 3-4 hari la terbaring demam sampai terpaksa ke klinik dengan 3-4 jenis ubat..kerap plak tu..maklum jela bila fiza ni jenis degil tak reti nak habiskan antibiotik yg doktor bagi kan..hrmm tu la padahnya

Sambil rehat menunggu azan zohor ni, fiza nak share sikit something yg fiza baca tentang DEMAM..
Pertukaran pandangan terhadap demam terjadi apabila aspirin tercipta di awal kurun ke 20 ini. Keupayaan aspirin mengurangkan demam telah disalahtafsirkan dengan keupayaan utk mengurangkan sakit.So, disinilah timbulnya anggapan bahawa sakit akan sembuh dengan mengembalikan suhu badan ke paras normal iaitu 98.6 darjah Fahrenheit.

Apabila seseorang itu dijangkiti penyakit badan yg menakjubkan akan dikeluarkan oleh sel darah putih. Bahan ini dipanggil Endogenous Pyrogen (EP) akan meningkatkan sistem ketahanan badan. EP akan mengarah hypothalamus diotak yg bertindak sebagai thermostat utk menaikkan tahap suhu badan. Seluruh badan akan bertindak balas utk menyimpan & meningkatkan suhu ke tahap baru.

EP juga akan menolong meningkatkan pembikinan sel-sel T yg beperanan penting dalam sistem ketahanan badan manusia. Pembikinan sel T meningkat sebanyak 20 kali ganda apabila suhu dinaikkan dari 98.6darjah kepada 102.2 darjah Fahrenheit. Interferon pula, sejenis agen antibodi akan bertambah 3 kali ganda apabila suhu ditingkatkan dari 102.2 kepada 104 darjah Fahrenheit. Disamping itu, EP akan mengarahkan " macrophage" dari sistem imun utk menyimpan & mengawal zat besi didalam hati. Tindakan ini menghalang bakteria dari memakan zat besi yang merupakan makanannya. Ini akan menghalang bakteria dari hidup & terus membiak. Semua ini berlaku apabila seseorang itu mengalami demam. Apabila kita memakan aspirin, demam akan terhalang dari terjadi sepenuhnya,,so, proses yang dinyatakan diatas tidak berlaku dgn lengkap.

So, fiza share kan sikit camne fiza atasi demam panas + selsema tanpa UBAT atau PANADOL
1st day, fiza mula bersin teruk, kepala berdenyut-denyut & badan mulai panas tapi since masih berpuasa & ada kat ofis, so fiza bertahan jelah..Lepas berbuka, fiza makan Omega Guard 2 biji, sebiji Vitalea & Vita C.
Lepas mandi utk sejukkan badan, fiza terus tidur sehingga waktu bersahur esoknya pukul 4 pagi...nak bagi badan rehat secukupnya.

Esoknya 2nd day lepas bersahur, fiza makan sebiji B-complex, Vita C & Vitalea..Alhamdulillah, selsema semakin kurang..hihihi takdelah meleleh berair je hidung mcm semalamnya..sakit kepala pun dah hilang cuma panas badan je masih ada..Yelah kan bulan puasa ni kan kita kurang minum air, so lambat la sikit nak turun panas badan ni especially dgn cuaca yg sngt panas skrg ni..Lepas berbuka, fiza ambil Omega Guard 2 biji, sebiji Vitalea & sebiji Vita C..Sebelum tidur,fiza ambil 4 biji Ostematrix utk hilangkan sengal-sengal badan.Alhamdulillah, bangun sahur keesokkan harinya badan rasa segar & demam selsema pun dah hilang..

Ok, maybe ada yg perasan..sebenarnya pengambilan sehari Vita C & Vitalea adalah sebiji jer tapi fiza ambil 2 biji masa fiza demam..Sebabnya Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jurang 5jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24jam & meningkatkan interferon semulajadi didalam tubuh kita...
Fiza ambil 2 biji Vitalea semasa demam sebab Fiza adalah pesakit anemia..so bila demam & tak selera makan, blood pressure fiza akan turun & menyebabkan fiza pening & pucat.Ada ketikanya fiza akan terasa seperti hendak pitam. Vitalea akan membantu mengekalkan tahap normal HB fiza & dengan mengambilnya bersama Vita C, akan membantu sel darah merah utk menyerap zat besi yg lebih baik serta membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman..InsyaAllah


Sekadar berkongsi pengalaman & apa yg fiza tahu...anyhow, jika anda yg sedang membaca ni ingin meningkatkan sistem imun tubuh utk lebih sihat atau ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh la hubungi fiza ye..

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee,
SID No : 1099239
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-957 0223

#sumber rujukan dipetik dari majalah Wanita#











Friday 11 July 2014

Merokok:Nikmat Yang Membunuh

Assalamualaikum..

Sambil menunggu utk beriftar bersama anak-anak,teringat abah..suami pulak masih ditempat kerja..banyak shipment katanya..kesian Mr Hubby terpaksa berulang alik lebih 100km setiap hari utk ketempat kerja dgn motor Honda nya..Alhamdulillah rezeki kami hanya setakat itu.

Abah & Mr Hubby,keduanya merokok..boleh dikatakan perokok tegar..Tapi tabiat merokok ni hampir meragut nyawa abah sedangkan sebelum tu,Abah tak pernah sakit apa2..tetiba dapat panggilan abah masuk ICU kerana serangan jantung..Ya Allah,gelap dunia seketika masa tu sbb fiza belum bersedia utk kehilangan Abah..sepanjang perjalanan dr Selangor ke Sg Petani,nangis & berdoa mohon abah selamat..Alhamdulillah,Allah makbulkan & operation memasukkan bateri selamat..sejak itu,Abah mula kurang merokok..begitu jgk Mr Hubby..InsyaAllah 1 hari akan berhenti..

Fiza nk share apa yg Fiza baca dlm sebuah majalah beberapa tahun dlu tentang rokok.
Rokok sebenarnya mengandungi banyak zat racun,seseorang itu lebih mudah diserang kanser selain dari racunnya mampu merosakkan Endotel(lapisan perlindungan pd bahagian dlm pembuluh darah) sehingga dapat mempercepatkan terjadinya Aterosklerosis (penyempitan & pengerasan pembuluh darah).Semakin tinggi tekanan darah seseorang,semakin meningkatnya risiko seseorang itu diserang penyakit jantung koroner mahupun strok.

Faktor risiko seseorang itu diserang penyakit jantung koroner dpt dibahagi kpd 2 iaitu yg tidak dapat diubah seperti jenis kelamin,keturunan & usia serta faktor yg dpt diubah seperti kolestrol yg tinggi,hipertensi,kencing manis,kegemukan,kurang berolahraga & stress.Lelaki sebenarnya jauh berisiko utk mengidap penyakit jantung koroner jika dibandingkan dgn wanita.Meskipun serangan jantung biasanya datang secara mendadak tetapi proses penyakitnya sendiri berlangsung selama bertahun-tahun.

Walaupun selepas operation memasang bateri dijantung Abah,Abah masih tidak mampu aktif melakukan aktiviti seharian spt memandu kereta,berjalan sbb Abah kan tercunggap-cunggap kepenatan..sehinggalah Fiza suruh Abah try consume COQ Health Plus Shaklee..Alhamdulillah setelah sebulan try COQ Abah mula sihat & tak lagi tercunggap-cunggap..Ya Allah,gembiranya..Mr Hubby pun "dipaksa" utk consume COQ Health Plus..hihihi..Alhamdulillah,masalah tidur berdengkur berkurangan..mungkin injap jantung Mr Hubby semakin sihat..InsyaAllah

Penyakit Jantung Koroner merupakan penyakit yg dapat dicegah dgn mengubah faktor gaya hidup & perlakuan.Kos pengubatannya adalah mahal terutamany bagi golongan sederhana mcm Fiza ni..Lebih baik mencegah dari mengubati.











Ini adalah kisah yg berlaku dlm famili Fiza sendiri tapi jika pembaca mempunyai tanda-tanda @ masalah yg sama..tak salah kiranya mencuba COQ Health Plus ni..anda boleh hubungi saya di talian 018-9570223 utk maklumat lanjut


Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan sebarang produk Shaklee,anda boleh hubungi saya :
Puan Shafiza
018-9570223
Call/sms/whatsapp
Pengedar Shaklee Anda

*sumber mengenai penyakit jantung koroner dipetik dari majalah Wanita



Tuesday 8 July 2014

Ada apa dengan Vitamin C Shaklee??

Salam 11 Ramadhan,

Dah tengahari gini bila semua non muslim staff keluar lunch, mulalah rasa free & sedikit mengantuk..hahaha so sementara tunggu azar zohor ni terasa nak share pasl Vitamin C Shaklee..Nape Vitamin C Shaklee? Sebab sentiasa ada atas meja tak kiralah di ofis atau dirumah.


Fiza alami Ekzema sejak masih baby lagi..so banyak la tinggal "sejarah parut" especially bila ekzema makin teruk apabila fiza mengandung & alami alahan pada ubat penahan sakit (akibat kecedaraan tulang belakang)..Fiza mempunyai masalah kulit kering, so fiza mudah sangat terkena gatal-gatal..owhh zaman itu (sebelum kenal Shaklee)..dah macam beruk bila dh tergaru-garu gatalnya,,ahahaha apa nak buat memang tak tahan gatalnya..macam2 krim dah disapu tapi result tetap mcm tu..Then, doktor yg merawat anemia fiza suggest utk amik Vitamin C utk bantu sel darah merah & penyerapan zat besi yg baik..Since masa tu baru join jadi member Shaklee, so decided utk try Vita C Sustained Released & Alhamdulillah, masalah kulit kering, gatal-gatal & parut yg dah berzaman sejak azali tu mula hilang..pastu fiza pun dah jarang2 demam selsema..Dan yg paling best sekali, Mr Hubby puji fiza nampak semakin putih..warhhh..memang sengih sampai telinga la happy nya..hahaha (masa tu baru sebulan lebih try Vita C ni)

So, nak tau tak? apa perbezaan Vitamin C Shaklee dengan keluaran produk lain?




  • Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya..( takkan larat nak makan 7-8 biji buah oren Sunquick sehari kan..hahaha mau cirit birit!!)
  • Vita C Shaklee adalah yg pertama SEMULAJADI & bertindak secara "Sustained Released" atau dilepaskan dlm badan perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa didalam badan kita.
  • Setiap 100mg Vita C akan dilepaskan setiap jam utk 1 tablet, so kiranya semua Vita C yg ditelan tu digunakan oleh badan kita
  • Vitamin C Shaklee juga didatangkan bersama-sama dgn bioflavonoid utk membantu penyerapan Vitamin C yg lebih baik
Antara manfaat utama Vitamin C adalah :
  1. Membentuk kolagen - meransang pembentukan kolagen iaitu sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka & tulang rawan
  2. Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam & kulit kasar
  3. Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yg sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman serta mengurangkan simptom selsema, alergi hidung & asma
  4. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti oksidan yg berkuasa & mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
  5. Mencantikkan kulit- Pengambilan vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yg lebih cerah, melambatkan penuaan & penyekat pembentukan pigmentasi (jeragat)
  6. Memperbaiki insomnia , stress & keresahan
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol & tekanan darah , mengekalkan kapilari darah yg sihat, menghalang pendarahan dlm hidung, pendarahan serebral & skurvi.
Cukupkah vitamin C hanya dari buah-buahan semulajadi tanpa mengambil supplement Vitamin C?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yg lengkap dlm 10 hari selepas buah itu ranum.Oleh itu, buah yg tidak ranum mengandungi Vitamin C yg sedikit. Kandungan Vitamin C akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik & dimusnah akibat terdedah kepada kepanasan.

Sebotol Vita C Sustained Released Shaklee mengandungi 180 tablet yg mana boleh bertahan sehingga 6 bulan dengan pengambilan sebiji tablet sehari. Harganya cuma RM 92.50 & RM 74 (harga ahli)..
Sangat jimat & murah kan..jom dapatkan sebotol Vita C Sustained Released hari ini.. 
Nak terus sign up jadi ahli pun boleh!! Jom saya bantu anda..

Anda boleh hubungi saya, Puan Shafiza di talian 018-9570223 (call/sms/Whatsapp)

Pengedar Shaklee Anda, SID#1099239





Monday 7 July 2014

Anakku pengidap G6PD Defiency

Assalamualaikum..

Petang-petang Ramadhan ni,teringat plak pada anak bujang yg sorang ni...macam2 akal comelnya..syukur pd Allah dia membesar dgn sihat walaupun mengidap G6PD..
Masa bersalinkan Fahmi mmg sangat mudah,hanya 20minit dari rasa sakit sampai bersalin tapi ujian Allah datang selepas itu..baru beberapa jam anak yg dilahirkan dipegang,doktor datang ambil pindahkan baby ke unit lain..bila ditanya doktor jawab,ujian darah anak akak tak boleh dibaca,error..berulang kali tubuh kecil itu dicucuk utk diambil darah..menangis & berdoa..itu je yg mampu saya buat..keesokannya barulah saya tahu Fahmi mengidap G6PD & bacaan jaundice berada ditahap bahaya..12hari,Fahmi ditahan diwad & 12hari jgk,saya berulang ke hospital dr pkul 8pagi balik 10mlm setiap hari..sakit bersalin & pantang dh jadi soal no 2..Selesai urusan dihospital,Fahmi yg dibenarkan pulang masih perlu mengambil bacaan darah setiap 2 hari.. Alhamdulillah,Fahmi bebas jaundice selepas hari ke 18 tapi kekal G6PD seumur hidup.

Disini Fiza kongsikan apa itu G6PD?
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yg terdapat didalam sel darah merah.Ia bertindak dlm melindungi sel darah merah daripada pecah(hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubatan,makanan atau jangkitan.

Apa yang patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak dari bahan2 yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merahnya seperti :
√ memberi ubat-ubatan sendiri tanpa arahan doktor
√    ubat gegat
√  ubat-ubat tradisional ,jamu atau ubat sinseh
√    minyak gosok 
√    kacang parang

Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda seperti kelihatan pucat,terlalu letih,air kencing bertukar warna darah atau teh pekat,demam tiba-tiba,cepat-cepatlah segera bawa ke hospital..

Dulu,fahmi sangat mudah mudah demam & terkena jangkitan..setiap kali itu jugak saya akan bawa dia ke klinik kerana tak berani nak beri sebarangan ubat..tapi Alhamdulillah,lepas perkenalkan Meal Shakes & Vitamin C dlm menu harian Fahmi,dia semakin sihat & jarang sakit.

Ini sekadar berkongsi pengalaman fiza..Alhamdulillah Meal Shakes & Chewable Vita C membantu meningkatkan sistem imun anak saya.

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Meal Shakes,Vita C chewable utk si manja anda..boleh call/whatsapp Fiza018-9570223..

Saya adalah Pengedar Shaklee,
ID : 1099239
Puan Shafiza
018-9570223






Saturday 5 July 2014

Vivix bantu pesakit Diabetes & Darah Tinggi

Assalamualaikum,

Hari ni Fiza nak kongsikan cerita Vivix,si botol merah yg mampu membantu mengatasi masalah diabetes & darah tinggi.
Ibu mentua Fiza mengidap diabetes & darah tinggi sejak berbelas tahun yg lalu.Sebagai pesara guru,mama memang mendapatkan rawatan percuma di hospital tapi sekadar kawal dgn bekalan ubat-ubatan supaya tidak semakin teruk.InsyaAllah,tahun ini mama layak menunaikan haji ke tanah suci,Mekah namun sedikit kecewa kerana mama gagal dlm ujian saringan kesihatan..Sebelum itu,Fiza pernah suggest utk mama consume Vivix tapi mama menolak kerana mahal sangat katanya.. Oleh kerana gagal dlm saringan pertama ujian kesihatan Tabung Haji,maka mama bersetuju utk try Vivix sbg ikhtiar utk mengurangkan bacaan darah tinggi & gula dlm darahnya.
Dengan izin Allah,selepas sebulan lebih consistently consume Vivix,tekanan darah & bacaan gula dlm darah mama turun ke paras normal.Alhamdulillah,sekaligus mama lulus ujian saringan kesihatan oleh TH.shafizashafiee.blogspot.com
Kebetulan bulan Julai ni, Shaklee menawarkan promosi Vivix,Beli 6 botol percuma 1 botol.Rugi sangat kalau tak grab promosi ni sbb anda bukan sahaja layak mendapat keahlian percuma tetapi juga cash bonus sebanyak RM270++..jimat & sangat berbaloi.

Tuan Puan boleh hubungi saya utk maklumat lanjut seperti berikut :

Pengedar Sah Shakle, 
ID: 1099239
Puan Shafiza
Call/sms/whatsapp : 018-9570223
Email: shafiza8283 @yahoo.com






Thursday 3 July 2014

Pentingnya B-Complex Untuk Ibu Hamil

Salam untuk mama dan bakal mama!

Tahniah dan terima kasih kerana anda ibu yang prihatin dan penyayang ;) Syabas juga kerana sampai ke blog ni untuk cari info tentang ibu hamil.

Ok, kali ni Fiza nak cerita tentang vitamin B kompleks untuk ibu hamil. Setiap kali hamil, mesti doktor akan bekalkan B complex dalam gugusan vitamin untuk ibu hamil kan? Rasa-rasanya apa fungsi vitamin B untuk ibu mengandung ye??


Kalau tak makan B complex tak boleh ke?

Mengandung adalah satu peringkat dimana wanita akan mengalami komplikasi kesihatan fizikal. Oleh kerana bayi dalam kandungan perlukan nutrisi, mineral, vitamin dan kalsium daripada tubuh ibu, jadi ibu akan mengalami kesan kekurangan nutrisi tersebut. Sebab tu doktor akan bekalkan vitamin-vitamin supaya ibu dapat tampung kekurangan itu tadi.

Vitamin B complex contohnya berfungsi dalam banyak tindak balas biokimia tubuh serta memberi perlindungan kepada wanita daripada risiko komplikasi.

Komplikasi yang sering di alami oleh ibu hamil

1. Anemia
2. Water retention (kaki bengkak)
3. Rendah paras homosistein
4. Tekanan mental
5. Dermatitis
6. Tekanan darah tinggi
7. Aras gula meningkat
8. Morning sickness
9. Sakit pinggang
10. Kepanasan

Macam Fiza sendiri, semasa mengandung (pengalaman 3 kali) Fiza akan alami:
-morning sickness (anak ke dua takde morning sickness)
-gatal-gatal (mungkin perubahan hormon)
-hb low sbb Fiza ni ada anemia
-sakit pinggang (even kandungan baru 2 bulan)
-kepanasan (anak kedua kurang sikit)

Berdasarkan Kongress Obstetrik dan Ginekologi Amerika (ACOG), kajian menunjukkan pengambilan vitamin B6 bukan sahaja selamat, malah sangat berkesan untuk mengurangkan kesan 'morning sickness' seperti loya, mual dan muntah.

Haa ni kalau ibu-ibu ada problem macam ni, silalah makan vitamin B complex Shaklee. Eh! :D

Asid Folik tu sama ke dengan B complex??

Asid folik adalah vitamin B juga. Vitamin B complex mengandungi 8 jenis vitamin B (B1,B2,B3,B5,B6,B7,B9,B12). Asid folik adalah vitamin B9. Jadi, kalau beli vitamin B complex, pastikan ia ada 8 jenis vitamin B macam yang Shaklee punya ni...

Asid folik sangat penting sebab fungsi utama dia untuk pembentukan saraf tunjang yang sempurna. Kekurangan asid folik akan sebabkan kecacatan bayi termasuk otak. Bahasa omputihnya tube neural defect.

Kesan kekurangan B complex

Satu kajian yang dikeluarkan pada 2007 menunjukkan, wanita yang mengalami kekurangan vitamin B (khususnya B6) susah untuk hamil, dan jika boleh hamil pun mereka akan mudah keguguran. (Wallahua'lam)
*kajian ke atas 300 wanita china selama setahun*

Bakal ibu yang yang ada masalah genetik, kekurangan vitamin B12 semasa awal kehamilan, akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat masalah jantung kongenital. *Kajian Jurnal Genetic and Metabolisme*

Tengok betapa pentingnya kita makan makanan yang ada vitamin B complex seperti sayur-sayuran, namun selalunya ia tak mencukupi (tidak menepati ODA- Optimum Daily Allowance) nak-nak ibu hamil pulak yang berkongsi vitamin dengan baby kan?

Sebab itu disarankan makan vitamin tambahan B complex.

Ada banyak lagi
 fungsi vitamin B complex, untuk kecantikan pun ye jugak.

Jadi nak pilih yang mana??
 Vitamin Klinik ke Vitamin Shaklee?? Vitamin klinik tu ok, tapi vitamin Shaklee much better sebab ia semulajadi! ;)

Kebaikan vitamin  
B complex Shaklee tak perlu diragui lagi, sekarang ramai ibu-ibu hamil bijak memilih untuk yang tersayang bakal lahir tu..

So, bagi mummy to be yang nak try B-complex Shaklee ni boleh call/sms/Whatsapp fiza ye..018-9570223

Shaklee Independent Distributor : 1099239
Shafiza Shafiee
Call/sms/Whatsapp : 018-9570223




Set Kesihatan Optimum Shaklee bantu atasi Anemia

Assalamualaikum w.b.t

Petang ni fiza share pasal cadangan set kesihatan optimum Shaklee. Ha?? apa ye?? Ia merangkumi B-complex, Vitalea & Vitamin C.
Dari start sekolah menengah fiza memang selalu alami masalah tekanan darah rendah sebab fiza ada anemia atau bahasa mudahnya kekurangan sel darah merah. Jadinya, fiza mudah pitam & sesak nafas..huhuhu..keadaan bertambah teruk bila fiza preggy, HB low. Rutin harian sebagai working mummy lagi la memburukkan keadaan kesihatan fiza..pucat jer sbb sibuk dgn kerja & urusan persekolahan anak2..tambah teruk selepas fiza besalinkan baby ketiga (premature baby) & encik hubby plak ulang alik keje dr shah alam ke sepang (keluar pagi balik tengah malam)..warghhh mencabar tenaga & minda menguruskan segalanya sendiri,mmg sangat2 letih masa tu ..tapi situasi berubah apabila fiza start consume set kesihatan optimum ni..Alhamdulillah keadaan tekanan darah fiza stabil lepas consume 3 jenis vitamin ni. Badan pun takde lah letih mcm dulu lagi, muka pun dah berseri-seri & tak pucat lagi.

lagi satu yg fiza nak share pasal mak fiza yang mengidap diabetes agak kronik. Mak terpaksa ambil insulin siang & malam dlm dos yg tinggi..walau dah on diet & ambil insulin, tahap gula dlm darah mak tetap tinggi ~18++..tinggi kan??sebab tu mak selalu letih & demam..kesian mak..tapi 2 bulan lepas,mak start consume B-complex, Vitamin C & Vitalea, Alhamdulillah bacaan gula dlm darah mak turun 7.9..wah hampir normal dah tu..tu pun hanya 3minggu je amik secara konsisten. Ya Allah, happy sangat.


Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)?
·        Penambahan tenaga segera.
·        Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang especially vegetarian dan anemia.
·        Keupayaan Sistem Produktif
·        Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
·    Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
·        Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Kenapa perlukan B-Complex?
·        Menukar makanan kepada tenaga.
·        Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
·        Membantu tumbesaran
·        Membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut.
·        Baik untuk mata
·        Mencegah anemia
·        Meredakan senggugut
·        Mencegah perlcche iaitu kerekahan mulut, mencegah jangkitan lidah, nafas berbau.
·        Meredakan Alahan

Kenapa perlukan Vitamin C?
·        Merangsang pembentukan Kolagen
·        Memperbaiki simptom pendarahan
·        Peningkatan Sistem Imun
·        Memerangi Kanser
·        Mencantikkan Kulit
·        Memperbaiki Insomnia, stress dan keresahan
·        Mengekalkan Kolesterol Sihat.
·        Disamping itu Vita-C dapat membantu penyerapan iron yang ada dalam Vita-Lea. 

    Pada yang berminat, boleh hubungi fiza di 018-9570223, Shaklee ID 1099239
    InsyaAllah, fiza akan membantu sedaya mungkin.

   Kalau nak lagi jimat, jom la jadi ahli Shaklee dgn hanya bayaran RM 65 + RM 10 postage sekali jer seumur hidup..dapat beli produk Shaklee dgn harga ahli, takde renewal fees & dapat tunjuk ajar dari master2 yang dah berjaya.

Segala testimoni /penulisan tentang produk yang dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

[Set kesihatan optimum adalah cadangan semata-mata & tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.Harap maklum.Terima Kasih]




Akibat Kekurangan Kalsium, Ostematrix Pelengkapnya

Assalamualaikum & selamat petang.

Petang ni fiza nak share sikit pasal apa akan berlaku kalau kita kekurangan kalsium..hrmm pasti ramai antara kita yang tak suka minum susu kan..fiza??fiza memang amalkan minum susu setiap hari sejak kemalangan & kejadian patah & bengkok tulang belakang. Berbulan-bulan fiza terlantar lumpuh tak boleh berjalan..walau dah boleh berjalan semula, keadaan dah tak sama.Banyak buat keje berat ,terlalu letih atau silap angkat barang mesti akan sakit walaupun dukung anak sendiri (sedih)..sebab tu badan kita perlukan kalsium yang cukup, BUKAN tunggu dah sakit atau patah baru cari kalsium (hihihi fiza dlu pun sama dengan jer)

Kekurangan kalsium akan menyebabkan berbagai macam gangguan kesihatan yang mungkin kita tak sedar.Diantaranya adalah:

1.Ketidakselesaan otot tulang & cramp
Kekurangan kalsium menyebabkan pergerakan yang tidak normal pada seluruh otot licin & otot jantung sehingga menyebabkan tubuh kehilangan kelincahan, pengendalian keseimbangan gerakan & kemampuan koordinasi. Gerakan tubuh ditentukan oleh stimulasi otot tulang. Kalsium juga adalah elemen yang memberi kekerasan pada tulang supaya menjadi kerangka yang mampu menampung berat badan kita.

2.Kelainan Tulang Rusuk
Gizi yang tidak seimbang, kekurangan sinar matahari/ultraviolet akan menyebabkan elemen tulang tidak dapat mengendap secara normal pada pertumbuhannya atau lebih dikenali sebagai Penyakit Rachitis. Ciri utamanya adalah kraniotabes iaitu kelainan tulang rusuk di dada yang kadangkala juga disebut sebagai dada ayam, kaki type O & type X.

3.Kekebalan tubuh berkurang
Sistem imun tubuh kita akan berkurang jika kita kekurangan kalsium. So, kita mudah terdedah pada penyakit mudah berjangkit.

4.Memburukkan Penyakit Kecing Manis
Pesakit diabetes atau kencing manis akan mudah letih kerana fungsi tubuh yang semakin merosot. Kekerapan membuang air kecil akan menyebabkan kalsium dalam tubuh juga dibuang dalam jumlah yang besar.

5.Daya ingatan berkurang
Ion kalsium berperanan penting dalam proses pengeluaran & pengiriman signal saraf.Ransangan pada saraf otak besar berhubung erat dengan dengan transmisi ion kalsium didalam & diluar neuron. Jika tubuh kekurangan kalsium, maka dendosignal saraf juga akan mengalami hambatan mekanisme ransangan yang mana jika kesannya pada kanak-kanak seperti mudah terkejut, menangis di malam hari, sukar tidur & hyper aktif.

6.Gangguan pada jantung & juga penyumbatan pada pembuluh darah.

So, apa pilihan terbaik yang kita ada untuk sumber kalsium terbaik kita??
Jawapannya OSTEMATRIX SHAKLEE..kenapa?? Kerana ia mengandungi :


Siapa yang patut mengambil Ostematrix Shaklee?

  1. Ibu mengandung
  2. Ibu yang menyusukan anak
  3. Wanita yang sudah mencapai 30tahun keatas ( jisim tulang berkembang ke tahap maksimum pada umur 28 tahun & mengurang selepas itu)
  4. Mereka yang kurang mengambil pemakanan yang sihat untuk kesihatan tulang contohnya mereka yg malas mengambil susu
  5. Warga Tua
  6. Mereka yang merokok, minum alkohol & penggemar minuman ringan
  7. Pesakit tulang belakang, gigi rapuh & tulang reput
  8. Wanita yang mengalami PMS
  9. Awak la (hihihi..saje menambah)
Manfaat Utama Ostematrix Shaklee :
  • Menguatkan tulang : Kalsium menghalang Osteoperosis, menguatkan kuku, gigi & sistem saraf. Kalsium juga merawat tulang reput, menguatkan gusi & merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan & kebas : Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan mengurangkan kebas-kebas, kekejangan , sakit sendi & artritis
  • Meringankan stress: Ostematrix mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, membantu tidur yang lebih selesa & membantu memperbaiki depresi, moody, sakit kepala & pitam.
  • Memperbaiki masalah haid : Kajian menunjukkan pengambilan 100mg kalsium & magnesium serentak meringankan sakit sewaktu haid & membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh : Kalsium adalah mineral alkalin, & ianya berkesan memastikan imbangan tubuh PH. Ianya juga menghalang obesiti di hari tua
  • Membantu masalah penyakit Ricket : Meningkatkan penyerapan kalsium & fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka & memperbaiki penyakit periodontal
  • Mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga : Magnesium dalam Ostematrix adalah ion positif nombor 2 penting dalam tubuh kita.
  • Memelihara metabolisme kerangka & pertumbuhan otot : Ostematrix Shaklee mengandungi zink, Boron, Magnanes & Kuprum yang membantu memelihara metabolisme kerangka badan
Jom kita check testimoni salah seorang master saya yang dah consume Ostematrix Shaklee ni

Bagaimana mendapatkan OSTEMATRIX Shaklee anda?

Setiap botol Ostematrix Shaklee mengandungi 120 tablet yang berharga RM 61 sahaja.
Anda boleh hubungi saya Puan Shafiza 018-9570223 hari ini.

Jangan tunggu lagi..Jom try Ostematrix Shaklee hari ini.




 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...