Ads 468x60px

Thursday 2 February 2017

Perlu ke hidup mengikut rentak orang lain..?

Assalamualaikum ..

Apa yang fiza nak tulis kat sini hanyalah bersifat peribadi & pendapat sendiri based on experience..

Pernah tak korang rasa pressure sebab orang di sekeliling yang suka menilai hidup kita? Rasanya sedikit sebanyak mesti akan ada yang terasa kan.. "eleh, aku dulu lagi teruk dari dia tapi takde pon act macam dia tu..bla..bla..bla.." or " awak tak bole macam ni..saya dulu masa....bla..bla..bla" sedangkan masa tu korang tak mintak pon pendapat dia

Sebenarnya benda tu selalu jadi dalam hidup fiza sebab fiza biasanya diam (depends on people & relationship dia dengan fiza ...mostly because of respect for e.g faktor umur atau in laws).. tak semua orang akan faham bagaimana kita struggle dengan daily life & commitment kita tapi orang suka judge seolah-olah their experience confirmed suits with our situation kan or even annoying bila people act like they know what is the best for us.

Ok, how to handle?
1. Berbalik kepada Pencipta Yang Maha Esa. Bersujudlah padaNya..nangis la sebanyaknya..mohonlah kepadaNya. DIA Maha Mengetahui & takkan berpaling dari kita walau sebanyak manapun kesalahan & kekecewaan yang kita ada
2.Stop pressure yourself by comparing your life with others. Ujian setiap manusia berbeza walaupun hampir serupa..keadaan kita tak sama dengan keadaan hidup orang lain. Cukuplah sekadar jadikan pengalaman orang lain suatu pengajaran bukan kemestian penyelesaian..
3.Appreciate yourself & your life. Kalau kita sendiri tak hargai diri & hidup kita, macam mana orang lain pulak nak hargai kita.
4.Be thankful coz Allah is giving you chance to live another day..Bukan kaya yang akan jamin kebahagiaan kita..bukan cantik & pangkat yang akan jadi penentu darjat kita di akhirat nanti. Bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah bagi akan buat kita rasa bahagia sekalipon sekadar makan nasi dengan telur goreng (sedap tu..letak kicap..hihihi)..

Apa yang fiza share ni adalah apa berdasarkan apa yang fiza lalui..mungkin ada yang tertanya hebat sangatkah dugaan yang pernah fiza lalui? Jawapannya tidaklah sehebat mana..ada lagi yang lebih hebat ujian yang Allah beri pada mereka..Jika ada yang berkata fiza tak rasa bertapa sedih & sakitnya terluka dugaan rumahtangga berantakan, anda silap sebab fiza melaluinya sejak berpantang anak kedua hampir 7tahun yang lalu..fiza faham bagaimana hancurnya hati utk telan segala kepahitan sendirian dan memaafkan demi senyuman anak-anak.Bukan setakat nak hadapi perangai suami yang berubah 360 darjah, "perampas" yang serang mental fiza dengan tak henti-henti, dugaan kewangan sampai tak berduit nak makan,anak-anak tak sihat ditambah tantrum anak-anak,hutang keliling pinggang dan nak berhadapan dengan pressure orang sekeliling lagi..Allah..Hanya Dia Tahu..

Bohong kalau fiza tak menangis..kadang2 sampai tak terasa..tiba-tiba menitis airmata waktu buat kerja sebab rasa macam dah tak tertanggung..Tertidur dengan airmata tu dah menjadi rutin..sampai terasa nak lari je dari rumah.Satu hari mak cakap, "mak tahu camne sakit dan susahnya nak sabar sebab mak sendiri pernah rasa tapi Allah takkan duga kita lebih dari yang kita mampu..kalau kita hidup nak dengar & ikut telunjuk orang, kita akan penat ..berhenti sekejap..tenangkan diri,pandang mata anak-anak, ikhlaskan diri..mak tau anak mak boleh, anak mak cantik & berpelajaran..kau kena belajar longgarkan "genggaman kasih" tu walau sebanyak manapun kau sayang..InsyaAllah, dia akan patah balik sebab dia sayang kau & anak-anak dan ikatan tu akan kuat dengan sendirinya..cuma kau kena sabar..kena yakin..mintak doa banyak-banyak pada Allah.."

Fiza sedar..fiza terlalu fokus pada 1 benda saja..fiza mula berubah sedikit demi sedikit.. fiza mula terlupa akan diri sendiri bila terlalu pada fokus pada suami & anak-anak..Kalau fiza tak sayang diri sendiri macam mana mereka nak sayang pada fiza..Fiza mula reward diri sendiri walau sekadar tudung RM10-20..korang tau tak, fiza rasa macam dapat hadiah, seronok sangat..Fiza sedar masa ujian Allah tu, fiza sebenarnya "hilang nilai diri sendiri"..fiza yang dulu bergaya tetiba jadi selekeh sebab serabut dengan masalah perkahwinan. Alhamdulillah fiza dapat balik keyakinan diri. I'm beautiful the way I am and I don't need people to tell that I'm beautiful. Kan semua ciptaan Allah itu cantik & sempurna seadanya..cuma kita terlupa nak bersyukur bila dijadikan sempurna tanpa cacat cela.

Seterusnya, fiza fokus pada kerjaya walaupun sekadar makan gaji sebagai Executive Account..Alhamdulillah, fiza dinaikkan pangkat sebagai Senior Costing Executive selepas fokus hampir setahun bertungkus lumus siapkan setiap projek yang diberikan. Pada masa yang sama jugak, fiza mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee. Bermula dengan bonus dua angka, fiza belajar untuk bermimpi..bermimpi untuk memiliki rumah sendiri, bermimpi untuk memiliki kereta MPV sendiri, bermimpi untuk merasa pakai barangan kemas..Mungkin mimpi fiza tu biasa-biasa saja pada korang tapi itu hakikat hidup fiza yang datang dari keluarga susah..seutas rantai tangan pun tak ada..

Semua yang berlaku bukan berubah dalam tempoh sehari semalam..bertahun fiza sabar & pujuk hati untuk dapat satu per satu..Alhamdulillah, fiza berjaya beli rumah sendiri, kereta MPV sendiri & merasa pakai barang kemas macam orang lain..yang paling fiza bersyukur, rumahtangga yang pernah retak menanti belah kembali bahagia perlahan-lahan..Kita tak boleh terus menari dengan rentak tari orang lain.kita kena tentukan rentak tari kita sendiri..jadilah diri sendiri, hargai & sayangi diri kita sendiri..Benar setiap ujian Allah itu ada hikmah yang kadangkala kita tak sedar..Kadang-kadang kita kena berhenti sekejap bila kita jatuh dengan ujian hidup, berhenti dengar setiap kata-kata orang sekeliling..bertenang & fokus pada kata hati kita..

Alhamdulillah, hari ini suami adalah orang yang banyak menyokong saya. Kami hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari kesilapan. kami belajar dari kesalahan lalu. Fiza belajar memaafkan dan "melepaskan" walaupun tak pernah lupa setiap satu perkara yang terjadi. Fiza belajar memaafkan bukan kerana "mereka berhak dimaafkan" tapi kerana fiza berhak bahagia. Fiza belajar jadi "katak pekak"..belajar untuk maju kehadapan tanpa peduli kata-kata orang sekeliling..Fiza belajar tentukan rentak hidup sendiri..

Apa yang fiza kongsikan bukan untuk riak mendabik dada yang fiza dah berjaya..TIDAK..kehidupan fiza hanyalah sebuah kisah kehidupan yang biasa ..cuma sekadar berkongsi pengalaman yang sekalipun kita jatuh tersembam dengan ujian hidup, tak bermakna kita tak boleh bangkit berjaya & meneruskan langkah seperti orang lain..yakinlah dengan diri sendiri & rezeki Allah..Dia Maha Berkuasa..Dia Penentu Segalanya..Mintalah PadaNYA..

Mungkin ada yang akan kecam..ala pengalaman biasa-biasa je pon..well, you make your own point but we're different and this is my life, my experience & my blog,dear..hahaha jangan la marah..kata tadi nak jadi katak pekak kan (gurau je tau)..Terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca & singgah blog fiza..Andai ada tersilap kata, fiza minta maaf ye..Assalamualaikum



0 comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...