Ads 468x60px

Friday 10 October 2014

Tema Annual Dinner...uniform??

Assalamualaikum..

Lama rasanya tak update blog kan..hehehe..sibuk dengan assistant baru & juga closing account..
Memang dah lama rasanya nak share pasal Annual Dinner company yg baru lepas 2 minggu sudah tapi kekangan masa duk bertangguh..baru nak basi katanyerrr..hahaha

Mula-mula tema yg diberi untuk kami buat pilihan adalah "Hollywood" atau "Uniform"..sebenarnya, seluruh department account vote untuk "Hollywood"..hahaha semuanya nak feeling2 retis la kononnya tapi ramai plak yg vote tema Uniform..so, terpaksa la cari uniform..

Paling pantas terlintas di fikiran fiza masa tu adalah "uniform sekolah"..Kononnya nk pakai dress ala2 baju sekolah tapi at last, beli jer blaus ala2 "askar comel" mcm dlm gambar ni..hahaha comel la sangat kan..masa duk upload gambar2, terasa banyak perubahan pada kulit fiza yg dulunya kering,kusam & tak bermaya..paling best,ramai pulak yg puji fiza nampak muda dari usia sebenar & mcm org baru2 kawin..wink wink..berbaloi fiza consume set asas kecantikan kulit Shaklee..

Kalau ada kawan2 yg tertanya, apa set asas kecantikan kulit shaklee tu? Jawapannya adalah B-complex,vita C & vita E dan fiza juga minum ESP sebagai tambahan tenaga & diet..hihihi maklum jelah mummy anak tiga yg berkerja & berbisnes mcm fiza mmg sngt sibuk..Puas hati???memang sangat2 puas hati & jimat sbb setiap satunya dpt bertahan sehingga 4-6bln.



Oklah kan share sikit je pasal shaklee..jom tengok gambar annual dinner..hehehehe..fiza kena ambil bahagian dgn game masa annual dinner..ada ke patut MC suruh fiza buat aksi "Yoga"..memang dapat aksi yoga super cute la jawabnya (perasan sngt...hihihi)





Aksi kitorang menyibuk kat receptionist & photo booth...






Macam2 idea diorang beruniform pada malam tu..ada yg jadi doktor, berbaju sekolah, kontraktor, macam2 ada..yg paling best fiza dapat lucky draw no 28..Induction Cooker..berguna sangat2 untuk mummy mcm fiza kan...

Oklah uolls...gud nite..chuppss jgn lupa makan sebiji Vita E dlu sebelum tido..awet muda & anti oksidan yg sngt bagus..dan sebelum fiza terlupa, bulan Oktober ni ada promo ESP Beli 6 percuma 1..jimat hampir RM400..sapa nak, bole sms/Whatsapp fiza di 018-9570223 ye

P/s : hampir semua Account team dlm gambar diatas consume Shaklee tau..ada yg mkn B-complex,Vita C,GLA complex, ESP,Alfalfa & ostematrix...heeee😊😀😁






Wednesday 1 October 2014

Kisah Seringgit Fahmi..

Kisah Fahmi & "pakcik" di pasar malam..

Rutin seperti biasa di awal bulan,saya terpaksa stay kat ofis utk settlekan closing account..sampai je nursery dah pukul 8pm..kesiannya anak2 mama kelaparan termasuklah mamanya jugak..hihihi..macam biasa,papa takde sebab bekerja..so,bawak anak2 singgah pasar malam jelah.

Tengah beratur nak beli apam balik,fahmi merengek-rengek mintak duit..kerana malas nk panjangkan rengekan dia,saya hulurkan RM1 (dalam hati ni,takut tercicir kalau bagi banyak2..alahai mamanya pun..)

Dapat je RM1, fahmi tersengih-sengih sambil ucap "terima kasih,mama" dan terus berlari ke arah seberang jalan yg sama..Allahuakbar,berderau jantung saya sambil memanggil namanya..Rupanya RM1 tu dihulurkan kepada seorang pakcik berkopiah putih namun tidak disambut..

Fahmi kemudiannya bersuara bila pakcik berkopiah putih tidak mengambil duit yg dihulurnya.."pakcik..nah..kita bagi"..sambil tersengih-sengih.."maaf ye,atuk tak nampak adik.. terima kasih" kata pakcik tu sambil meraba duit yg fahmi hulurkan..
Allahuakbar..speechless..proud of you my little imam..seronok fahmi bila dia dapat memberi..

Kadang-kadang kita lupa pada nikmat memberi kerana apapun jua yg kita miliki hari ini adalah pemberian Allah yg maha berkuasa & maha pengasih..kadang-kadang kita juga lupa bahawa sedekah itu takkan memiskinkan kita.. .apa yg fahmi buat tu adalah perkara mudah tapi bukan semua dari kita mampu berbuat demikian. Ada antara kita yg selalu meletakkan prasangla negatif bila nak bersedekah..contohnya terdetik dihati bila ada org mintak sumbangan anak yatim,dikatanya sindiket menipu..Ya Allah,tak salah rasanya jika kita memberi jika benar berniat utk sedekah..sekalipun benar dia menipu..itu urusan dia dgn Allah..Dakwah itu mudah & dakwah juga tidak semestinya hanya datang dari ustaz tetapi mungkin dari seorang anak kecik yg bersih hatinya tanpa prasangka..Wallahualam..

Terima kasih Ya Allah atas segalanya..nikmat anak bijak,nikmat anak sihat..nikmat anak yg soleh..InsyaAllah..Aamiin Ya Rabbal Alamin










Thursday 18 September 2014

Assistant..Oh Assistant..Tips Temuduga

Selamat pagi..

Seminggu dua ni sibuk dengan interview untuk replace asisstant saya yang dapat better offer. Ada sebab kenapa saya tak retained dia walaupun dia bagus & rajin..Dia bermula sebagai internship student dibawah seliaan saya & akhirnya diserap masuk sebagai Costing Assistant sebab kualiti & komitmen yang diberikan. Setelah setahun berkerja, dia ditawarkan gaji yg lebih bagus & kemudahan yg lebih dekat dengan rumahnya, so ini peluang untuk dia..saya gembira untuknya.



Sepanjang sesi temuduga, kebanyakan calon yang saya pilih adalah fresh graduate. Kenapa freshie? Sebab saya dulu juga bermula dari bawah lepas habis belajar U..bermula dari kerani akaun dgn gaji RM650..sikitnya gaji?? Saya pilih pengalaman dan itu lebih bernilai.. sebab itu lah, saya ingin beri "peluang" sama yg saya pernah dapat dulu..tapi rupanya sangat memeningkan..ahahaha

Calon yg pertama sampailah calon ke sembilan..rata-ratanya memiliki Ijazah & mengharapkan gaji RM2000 dengan alasan "Degree graduated"..semuanya terpaksa ditolak kerana datang temuduga tanpa sebarang persediaan. Saya kongsikan kenapa??

  1. Degree Accounting tapi debit kredit tak tahu, tergagap nak jawab..alasan terlupa..alahai adikku sayang, itu asas dalam bidang perakaunan.Sebelum interview, study la sikit sayang oi
  2. Degree Holder tapi speaking English berterabur sana sini..baru suruh introduce diri sendiri je
  3. Interview pukul 10 pagi, datangnya pukul 12 tengahari..alasan sesat jalan..alahai sayang, tak salah rasanya datang lebih awal utk interview..nama pun datang nk mintak kerja kan
  4. Pakaian yang tidak sesuai..datang interview pakai la formal sayang oi, jangan la pakai macam nak pi tengok wayang dengan boyfriend..adushhh..kalau boleh, biarlah sopan & warna yg lembut & sweet so that interviewer pun tenang je nak interview..
  5. Awal- awal dah bagitau interviewer "saya nak kerja sekejap je..2-3 bulan"..rasanya post dlm jobstreet tak tulis "for temporary" pun kan...maksudnya kita nak hired permanent staff la adikku sayang
  6. Pengalaman "O", book knowledge boleh dikira "O" sebab during interview banyak yg sengih jawab ermm lupa la kak tapi gaji nego at RM2K..rasanya saya patut bagi ker?
  7. Bila ditanya soalan " Are you able to work under pressure or you have any problem liaise with other parties or dept?, dijawabnya.."ermm tengok keadaan la"...hahahaha spechless
  8. Bila diminta orginal certificates, ada yang baru terkial-kial keluarkan dr handbag & even worst, datang bawak kertas sijil je..takde file pun..
Apa yang saya kongsikan bukan untuk memperkecilkan sesiapa tapi sayang sangat kalau kita kehilangan peluang atas kesilapan yang tak sepatutnya kita buat. Maybe position yg ditawarkan hanyalah "Account Assistant" tapi harus diingat, sesuatu yang besar bermula dengan yg kecil..begitu juga dengan CEO of the company unless mmg dah dilahirkan kaya raya 7 keturunan la kan..terus jadi big boss..So, apa yang penting
  • Prepare apa yang patut lebih awal sbg contoh, susun certificates ikut yg latest dgn teratur..bukan berterabur kejap depan kejap kat belakang
  • Study sikit-sikit apa yang korang dah belajar dulu especially basic study of your course
  • Pakaian yang formal & tidak menjolok mata sbb bukan semua interviewer suka tengok apa yang anda nak tayang tu..heee
  • Datang awal untuk interview, lawat kawasan sehari awal jika perlu
  • Jika betul tak fluent berbahasa Inggeris, draft & hafal dulu macam mana nak introduce diri sendiri
  • Tunjukkan la minat yang kita ni nak kerja bukan berlagak dengan ijazah yang ada sebab bukan kita sorang je yang ada ijazah adik sayang oii..
  • Survey market salary yg suitable dengan position yang di apply no matter you have degree,diploma or even PHD..unless you are experience enough to compete la..
  • Kena clearkan minda kenapa kita nak kerja tu sbb interviewer might ask, kenapa you apply for the position..career objective..plan in 1-3 years from now..
Saya bukanlah HR atau expertise dlm nak interview candidates tapi apa yang saya face this couple of weeks maybe useful utk kawan-kawan atau adik-adik kat luar sana..Alhamdulillah at last, saya dapat assistant baru yang akan start isnin ni..Someone fresh but willing to learn..itu yang penting.

Wallahualam..









Hilangkan Parut Ceasar Dengan Vitamin E..

Assalamualaikum..

Petang ni fiza nak share sikit tentang Vitamin E menghilangkan parut bersalin secara ceaser..Bagi mummy yang bersalin secara ceasar atau "ikut tingkap" kata orang tua-tua mesti akan berhadapan dgn masalah parut yg "berbatas" atau timbul..OMG..mmg sangat hodoh sebab fiza pun alami masalah yang sama. Pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan zuriat yg direzekikan dan diamanahkan oleh Allah SWT. Kebanyakan parut ceaser akan timbul mcm dawai atas perut kan..Yelah mana taknya, 7 lapisan perut ditoreh untuk menyelamatkan nyawa baby comel..



Fiza bersalinkan Aimy secara ceaser pada tanggal 16th Disember 2012 dgn usia kandungan baru mencecah 34 minggu. Doktor terpaksa schedule an emergency operation kerana dah leaking 24 hours & risaukan keadaan baby yg terdedah kepada infection. Alhamdulillah, semuanya selamat walaupun Aimy dilahirkan premature. Tinggallah segaris "parut timbul berbatas" atas perut saya sebagai tanda kenangan..heee

Setiap kali pandang cermin atau tersentuh parut ceaser, saya mesti terasa ngilu & terbayang-bayang sakit bersalinkan ceaser..owhhh...nikmat Allah bagi merasa bagaimana sakitnya ceaser..walaupun parut itu orang tak nampak tapi bagi saya, ia memberi kesan "self confident" kerana saya rasa nampak hodoh dihadapan suami..Hahaha..saya tahu saya kena buat sesuatu & saya decide untuk cuba Vitamin E Shaklee.

Saya konsisten ambil sebiji vitamin C setiap pagi dan vitamin E setiap malam sebelum tidur & sapu minyak Vitamin E sekali seminggu (picit kapsul & keluarkan cecair vita E) pada parut ceaser & Alhamdulillah, parut semakin menipis dari hari ke hari..Selepas 4 bulan konsisten ambil Vitamin E, parut ceaser yg timbul sebesar jari kelingking jadi senipis segaris benang sahaja..Gembira?? Haruslah saya gembira..tambahan pulak, parut ekzema saya yg bertahun-tahun & kesan alahan mengandung juga hilang!! Parut jerawat pun dah say bye-bye..hihihi..malu pulak bila ada orang puji saya nampak lebih muda & glowing mcm anak dara (terperasan & kembang 2 saat je..ahahaha)


So, jom saya sharekan sikit tentang Vitamin E Shaklee ni..

Vita-E Complex Shaklee merupakan vitamin E terlengkap di pasaran kerana diperbuat dari minyak soya organik & minyak biji gandum yang kaya dengan Vitamin E. Ianya juga mengandungi tambahan Selenium & ekstrak biji anggur untuk meningkatkan penyerapan vitamin E ke dalam tubuh sehingga memberikan hasil yg lebih cepat & maksima.

Untuk menghasilkan 400IU vitamin E, seseorang harus makan 1kg biji gandum, 500ml minyak sunflower, 8kg bayam & 500gm Almond..hahaha mana mungkin kita larat nak makan sebanyak itu setiap hari kan?? So, ambil je sebiji Vitamin E Shaklee yg mengandungi 400IU sumber vitamin E dgn tambahan 10mcg Selenium.

Antara Khasiat Vitamin E Shaklee adalah :

  1. Sebagai anti oksidan yg kuat untuk mencegah penyakit kanser & penyakit kardiovaskular
  2. Mencegah Penyakit Jantung
  3. Menurunkan tekanan darah
  4. Meningkatkan produksi air mani utk kesuburan lelaki
  5. Anti penuaan- 1 kapsul vita-E sehari dapat melambatkan penuaan.
  6. Memperbaiki parut, bengkak & luka pada kulit
  7. Meransang rambut untuk lebih sihat
  8. Mencegah anemia & "retrolental fibroplasia"
  9. Mencegah keguguran
  10. Memperbaiki Arthritis dan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
  11. Meningkatkan kesihatan saraf
  12. Memelihara pembekuan darah yg normal utk penyembuhan luka yg cepat
  13. Mencegah penyakit katarak
  14. Meningkatkan kemampuan seksual dgn memberikan oksigen yg lebih

MASKER VITAMIN E 


Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 

Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit 

Harga sebotol Vitamin E Shaklee hanya RM 149 sebotol & boleh tahan sehingga 4 bulan penggunaan..Jimat kan?? Klau nak lagi jimat, hubungi saya di talian 018-9570223 utk tahu bagaimana caranya..

Saya Pengedar Shaklee, 1099239
Puan Shafiza 018-957 0223








Monday 15 September 2014

Anak Lambat Bercakap Tanda Autisme?..

Assalamualaikum..

Baru selesai bawak Aimy check up & jumpa doktor utk buat test Autisme..Alhamdulillah, doktor sahkan dia bukan Autisme tapi lambat bercakap. Sebagai ibu, ya saya sangat risau melihatkan perkembangan Aimy yg dilahirkan tidak cukup bulan 21 bulan yg lepas..Aimy mengalami masalah kurang berat badan walau secara pandangan seorang ibu, dia makan serba serbi.Berat Aimy hanya 8kg.



3 bulan yg lepas, Aimy masih belum boleh bercakap walau sepatah..Dia pandai tersengih, menggeleng bila tak nak sesuatu & tunjuk bila nakkan sesuatu contohnya botol susu bila nak susu..Aimy kurang menunjukkan minat bermain dgn abang & kakaknya. Begitu jugak bila di taska, dia hanya attached dengan babysitter yg sorang sahaja. Kebanyakan masanya dia hanya bermain sendirian dlm baby cord. Dia akan menangis bila ditegur oleh orang lain termasuklah atuk & neneknya..nak pegang atau dukung dia memang tak dapat lah..

Suatu hari, ada seorang nurse cakap yg Aimy menunjukkkan tanda-tanda Autisme bila dia tidak bercakap, kurang bersosial & perkembangan fizikalnya yg tidak memberansangkan.. Ya Allah, takutnya saya masa tu tapi nurse cadangkan utk buat early test & Alhamdulillah, Aimy memberikan reaksi positif semasa ujian dijalankan walaupun tanpa sebarang perkataan.

Disini saya kongsikan, sedikit tentang "Apa itu Autisme"


Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :
Komunikasi 
Tindak balas sosial 
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti 
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism 

Tanda dan gejala

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
KomunikasiLambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur 
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. 
Kurang cerdas semasa bermain 
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain 
Tindak balas sosial
Hilang tumpuan dan kurang mimik muka 
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain 
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain 
Suka bermain sendirian 
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala 
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan 
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran 
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja. 

Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.

Sebagai ibu, saya tak pernah berhenti berdoa,cuba berkomunikasi dengannya & berusaha. Apa yg saya usahakan adalah beri Aimy minum Meal Shakes setiap hari kerana Meal Shakes Shaklee menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu utk tubuh Aimy selain dari dapat membekalkan asid folik, biotin, kalsium & manesium utk membina tulang & sel-sel tumbesaran utk Aimy.
6 bulan konsisten Aimy ambil Meal Shakes setiap hari & Alhamdulillah, dia jarang demam. masalah ekzemanya berkurangan & berat badannya bertambah.. Dan yg paling seronok,sebelum usianya mencecah 2 tahun..she's finally speaks & graf berat badannya meningkat..gembira & syukur, itu yg mampu saya cakap & kongsikan..Meal Shakes hanya asbab kerana yg menentukan segalanya adalah Allah SWT..


Aimy mungkin seorang anak yg perkembangan fizikalnya agak lambat & dia juga mungkin lambat bertutur. Namun apa pun sebabnya, seorang anak yang lambat bercakap , biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawan yg lain. Ya benar, Aimy dapat menyebut perkataan dgn lebih jelas.


Jadi, bagaimana nak tahu yang anak kita termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak kita, berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”, sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka kita tak perlu risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.

Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.

Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.

Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”

Jawapannya, tidak. Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.

Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan bahasa mereka adalah normal.
Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Dan yang terakhir, jangan lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.













Friday 12 September 2014

10 Impian..

Assalamualaikum...

Hari ini saya menerima bonus Shaklee untuk kali ke 8 sejak bergelar ahli 8 bulan yg lepas..Alhamdulillah, sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik utk umatnya..Dengan asbab anak yg selalu sakit, saya dipertemukan dgn Master Ainul utk setin Meal Shakes & sebotol vitamin C Shaklee..siapa sangka keputusan jadi ahli Shaklee utk jimatkan duit supplement anak rupanya menjadi sumber pendapatan sampingan saya setiap bulan.

Gaji eksekutif akaun,tinggal di Shah Alam bukanlah sehebat mana..bayar rumah sewa,upah babysitter,susu pampers, ansurans kereta,petrol kereta dah cukup utk membuatkan saya terpaksa ikat perut utk duit kecemasan anak ke klinik..sampai penah saya terpaksa mkn maggi sebungkus dibahagi 2hari & pergi ke ofis hanya berbekalkan seringgit dlm purse..sesungguhnya Allah ingin mengajar saya erti sabar & tabah bilamana rumahtangga saya dilambung ombak pd masa yg sama. Airmata tumpah & kering dgn sendirinya disebalik senyuman saya depan orang ramai..Hanya Allah tempat mengadu

Bulan ketiga jd ahli Shaklee dibawah Master Ainul, saya diajar bermimpi..berimpian..menulis sebuah impian diatas kertas..kata mereka "Tak percaya tak apa, buat aje"..



Mula-mula apa yg dilakar umpama angan2 mat jenin..apatah lagi bila saya ni jenis tak pandai berkawan, sumber kewangan yg sempit tapi sedikit demi sedikit bila ketentuan rezeki Allah saya serahkan sepenuhnya kepada pemilik alam semesta...Ternyata sedikit usaha saya itu mula membuahkan hasil..dari bonus RM25 pd bln pertama menjadi RM320 pd bulan kedua..

Ajaib & hebatnya kuasa infaq, bonus Shaklee menjadi RM1400 pd bulan ketiga..Allahuakbar..hati kecil saya menangis kesyukuran kerana saya yakin anak saya tidak akan lagi menangis dipagi raya meminta baju raya yg tak mampu saya beli seperti tahun sebelumnya..Langkah terus diatur tanpa toleh kebelakang lagi..Dan hari ini, Alhamdulillah syukur pd Allah..satu per satu impian saya mula tercapai..
✔Akaun Tabung Haji Aimy
✔Infaq to Muslim Care & Tahfiz
✔Akaun simpanan
✔Rantai tangan utk saya
✔Motorbike utk suami tersayang..












Vision board saya yang pernah jadi bahan ketawa orang kini jadi sesuatu yg indah dalam hidup saya..syukur Alhamdulillah..Bermimpi & berimpian lah..kita tak pernah rugi..Sesungguhnya Allah menurut sangkaan hambaNYA..

"Berdoalah kepada-KU, nescaya Aku perkenankankepadamu.." (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Perjalanan saya dalam Shaklee masih jauh tapi saya bersyukur dipertemukan dgn bisnes yg berpaksikan Allah Pemilik Segala Rezeki..menjadikan saya kembali ke jalan Allah sedikit demi sedikit..menjadikan saya & famili semakin sihat..dan menjadikan saya seseorang yg berbeza dari Shafiza dulu..

Percayalah..suatu masa dlu..

  • Saya tak tahu apapun tentang Shaklee
  • Saya tak mendapat sokongan suami utk berbisnes
  • Saya seorang yg sangat memilih kawan & tak ramai kawan
  • Saya berkira dgn bajet supplement sbb tak ckup duit
  • Saya malu & segan dgn orang
  • Saya tak pandai nak berbisnes
  • Saya seorang yg berfikiran negatif
  • Saya berkira utk bersedekah kerana poket selalu kering
  • Saya sakit..tapi sayalah ibu merangkap ayah yg menguruskan segala keperluan rumah & anak
Tapi kerana saya tak sanggup tngk anak2 saya sakit tapi saya tak mampu nk bawa mereka ke klinik..saya bekerja tapi duit tak pernah cukup..jangankan nak miliki seutas rantai tangan, shopping baju kurung pun setahun sekali..saya tahu saya kena berubah..Alhamdulillah Allah lorongkan jalan utk saya..

Saya berkongsi bkn sebab saya riak..tapi kerana saya ingin berkongsi rezeki Allah dgn anda..saya ingin mohon anda aaminkan impian saya sebagai sebuah kenyataan nanti & saya doakan perkara yg sama utk anda..Aamiin








Monday 8 September 2014

Khasiat Besar Dlm Botol Kecil...Garlic Shaklee

Selamat malam..

Sambil melayan anak-anak, dapat repeat order dari customer utk sebotol Garlic.Alhamdulillah..darah tingginya semakin stabil & dia tak lagi mengalami pening2..Jom kita baca sikit apa bezanya Garlic Shaklee ni...



Garlic Complex Shaklee dibuat dari bawang putih jenis premium,bebas dari racun perosak dan ditanam secara organik di Carlifornia,USA sewaktu musim panas.
Garlic Complex Shaklee dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk tujuan memastikan pengekalan 100% Allicin aktif.Dwi teknologi digunakan untuk mengawal bau garlic. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yg menyamai 2 ulas bawang putih segar.

9 Khasiat Garlic Yang Kita Wajib Tahu :

  1. Mengandungi spearmint- mempertingkatkan sistem penghadaman ,fungsi jantung
  2. Antibiotik yg selamat dan semulajadi - ianya selamat untuk mempertingkatkan sistem imun tubuh,menghalang penyakit berjangkit spt selsema ,kulat,virus & yis candida
  3. Menghalang Alergi- mempertingkatkan penyakit berkaitan sistem imun seperti hidung yg sensitif, sinus, alergi,asma,selsema & hepatitis
  4. Mempertingkatkan sistem penghadaman- Garlic mampu menentang bakteria H.pylori bakteria & menghalang ulser gastrik
  5. Menurunkan tekanan darah tinggi- Kajian menunjukkan pengambilan 2-4 tablet garlic akan menurunkan darah tinggi dgn 8 point
  6. Detoksifikasi- Garlic mampu mengeluarkan raksa dari tubuh dgn pantas & melindungi sel2 darah dari kemusnahan dari logam serta menghalang kerosakan hati oleh bahan kimia
  7. Menurunkan Kolestrol- Menurunkan kolestrol,LDL,trigliserid, dan kelikatan darah, mengurangkan bekuan darah,melindungi jantung,meningkatkan HDL & menghalang strok serta penyakit koronari
  8. Mencegah kolestrol- Membantu mengelak dan merawat kanser dgn mengurangkan bahan pencetusan kanser- Nitrosamine
  9. Menstabilkan glukos- menolong menstabilkan glukos didalam tubuh kita
Cadangan pengambilan Garlic Complex :
  • Untuk pemeliharaan kesihatan : 2 tablet sehari selepas makan
  • Untuk radang & alergi : 2 kali sehari
  • Untuk kanser, darah tinggi & Hyperlipidemia: 2-3 kali sehari,2 tablet setiap kali
Saya kongsikan testimoni seorang sahabat saya yg mana ayahnya juga mengalami masalah tekanan darah tinggi yg mencecah 158 walaupun dgn bantuan ubat hospital.



Harga sebotol hanya RM 47.50 dan mungkin ianya mampu menyelamatkan nyawa seseorang yang anda sayang..Jasa seorang ayah atau ibu tak mungkin sebanding dgn harga sebotol Garlic.

Inginkan Garlic pada harga yg lebih murah??Gunakan ID saya: 1099239 utk pembelian produk Shaklee pada harga istimewa di mana-mana cawangan Shaklee atau anda bole hubungi saya untuk maklumat lanjut..

Pengedar Bebas Shaklee, 1099239
Puan Shafiza
018-9570223






Sunday 7 September 2014

COQHealth Plus Untuk Jantung Sihat..

Assalamualaikum..selamat malam

Jantung kita mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh kita setiap hari.Bayangkan betapa kuatnya jantung kita bekerja setiap hari..pastinya banyak tenaga yg diperlukan sedangkan kita sendiri perlu makan utk hidup..betul tak?

Tenaga utk membolehkan jantung kita bekerja diperolehi daripada koenzimQ10 (CoQ10) yg berperanan membantu kesihatan salur darah.CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh & wujud dlm sel tubuh. Akan tetapi,diet yg tidak seimbang,faktor usia & pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas akan mengurangkan kandungan nutrien penting ini.



Bagaimana CoQHealth Plus Shaklee membantu menjana jantung yg sihat?
CoQ10 telah dibuktikan :
😊Membantu penghasilan tenaga didalam organ jantung
😊CoQ10 membantu meningkatkan tenaga didalam otot jantung & menambah kekuatan mengepamnya
😊Menggalakkan &melindungi arteri sihat dari oksida LDL.
😊CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga,menambahkan stamina & mengurangkan kelesuan.
😊Meningkatkan kecerdasan mental
😊Kulit yg lebih muda
😊CoQ10 mengurangkan serangan migraine, pening & rasa loya
😊CoQ10 meningkatkan peredaran darah utk membekalkan tisu kulit dgn cukup oksigen & nutrisi utk pemulihan & penghasilan kolagen
😊Meningkatkan kesuburan

Siapakah yg disyorkan mengambil CoQHealth?
♡Dewasa sihat yg berumur 18tahun keatas yg prihatin tentang fungsi jantung & kesihatan arteri mereka
♡Dewasa lelaki & wanita yg mengambil perubatan yg mungkin mengurangkan tahap CoQ10 mereka

Siapa lagi yg memerlukan CoQHealth Plus Shaklee :
♡ Mereka yg baru mengalami serangan jantung
♡ Pengidap penyakit Huntington
♡ Mereka yg menjalani pembedahan "heart bypass" utk menghalang komplikasi salur darah
♡ Pesakit tekanan darah tinggi
♡ Pesakit migraine
♡ Pesakit Parkinson
♡ Pesakit HIV/Aids utk meningkatkan sistem imun
♡ Pesakit Muscular Drytrophy ( distrofi otot)


Jom sayangi jantung kita..sebotol CoQHealth Plus Shaklee hanya RM 124 dan kita hanya memerlukan sebiji setiap hari.

Inginkan harga istimewa dibawah RM100?? Hubungi saya Puan Shafiza utk maklumat lanjut.

Pengedar Bebas Shaklee,1099239
Pn Shafiza, 018-9570223







Monday 21 July 2014

Soalan lazim AJHT..

Fiza kongsikan pertanyaan normal tentang AJHT utk info bersama

Soalan lazim bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet



Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan
yang amat berkesan, yang dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yang sihat. Ia dihasilkan
dari ramuan aktif yang bertindak dengan pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendisendi.

Siapakah yang memerlukan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Lelaki dan wanita dewasa yang mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang
muda yang mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

Apakah ekstrak jagung?
Ekstrak jagung secara semula jadinya kaya dengan glukosamina yang merupakan gula amino dan merupakan blok
binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi.
Glukosamina mengandungi bahan yang juga dijumpai dalam tendon dan ligamen. Ekstrak jagung membantu
meningkatkan perlindungan sesendi dan membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka
masa panjang.
Apakah Boswellia?
Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serrata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah
asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yang berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.

Apakah yang membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?
Ekstrak Boswellia proprietari yang digunakan di dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet bukan sahaja
mengandungi asid Boswelik AKBA yang berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga
mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yang berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti
yang lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula, ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan
secara nutrisinya dapat menyokong keselesaan sendi yang lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yang lebih
tinggi.

Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet dan OsteMatrix pada masa yang sama?
Boleh. Tiada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-dua produk yang dapat menyokong
kesihatan sendi anda. Lebih baik lagi anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX™ bagi mengoptimumkan
khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.
Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?
Untuk hasil yang terbaik, ambillah mengikut apa yang disarankan iaitu dua tablet sehari bagi setiap hidangan.
Mengapa ia bebas daripada kondroitin?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan
baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yang sulfat kondroitin juga boleh
menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yang lazimmnya diserap dengan baik jika diambil secara
berasingan.

Mengapa produk tersebut mengandungi vitamin C?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien
penting yang diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu komponen tulang rawan dan juga tisu-tisu
penghubung yang lain di dalam tubuh.

Mengapa produk tersebut mengandungi mineral surih zink , tembaga dan mangan?
Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang Nilai Harian 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan
yang merupakan faktor sampingan bagi enzim-enzim yang membina kolagen dan glikosaminoglikan.

Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?
Ya.

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda dari bergiat aktif, pencegahan awal boleh menjadikan sendi anda sihat pada masa akan datang. Sama ada anda menghidapi sakit sendi atau tidak, adalah penting bagi anda mendapatkan nutrisi sendi seiring peningkatan usia.

Hubungi saya untuk mendapatkan maklumat lanjut & sebotol Advance Joint Health Tablet anda hari ini.

Pengedar Shaklee Anda,
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-9570223



Thursday 17 July 2014

Bengkak Pada Kaki Warga Emas ??..

Selamat petang semua..

Pernah tak anda perasan bengkak pada kaki warga emas? Mungkin juga pada kaki ibu atau ayah anda atau mungkin anda sendiri..Bengkak kaki ni boleh terjadi dimana-mana bahagian kaki termasuklah tapak kaki,buku lali,betis atau peha.Bengkak kaki dikalangan warga emas juga dikenali sebagai Edema.

Antara punca utama bengkak kaki dikalangan warga emas yg berumur 60 tahun ke atas ialah pembuluh darah yg kurang berfungsi dgn baik. Pembengkakan kaki/edema terjadi akibat pengumpulan cecair (yg terperangkap dalam tisu) atau kecederaan tisu/sendi.

Pembengkakan kaki/edema yg dihasilkan oleh pengumpulan cecair dalam tisu dikenali sebagai perpheral oedema. Antara puncanya adalah :

  1. Kegagalan ginjal/buah pinggang
  2. Penyakit jantung
  3. Pembuluh darah kurang berfungsi 
  4. Sistem limfa yg tersumbat
  5. Penyakit buah pinggang
  6. Ubat tahan sakit
  7. Ubat-ubatan utk rawatan kemurungan, diabetes & darah tinggi
  8. Duduk atau berdiri terlalu lama
  9. Darah beku dibahagian kaki
Pembengkakan kaki akibat kecederaan sendi atau tisu biasanya sakit & mungkin disebabkan oleh :
  1. Tendon Achilles yang terputus/cedera
  2. Koyakan ligamen pada lutut
  3. Patah tulang kaki,betis atau buku lali
  4. Penyakit Gout
  5. Osteoarthritis
  6. Rheumatoid Arthritis
  7. Lutut yang terseliuh
Antara pencegahan yang boleh dilakukan adalah :
  • Rawat punca penyebab sebelum bengkak kaki terjadi
  • Dapatkan rawatan awal
  • Mengamalkan petua-petua utk mengurangkan kaki bengkak seperti :
    • Letakkan bantal dibawah kaki apabila berbaring, ini akan mengurangkan bengkak kaki disebabkan pengumpulan cecair
Antara punca yang menyebabkan Edema adalah berkaitan dengan sendi & tulang. Penjagaan kesihatan sendi & tulang adalah penting untuk semua peringkat usia bermula seawal 25 tahun.Tubuh manusia disokong oleh tulang rangka yg terbentuk daripada 206 tulang yg dihubungkan oleh 360 sendi yg mana setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri.Tulang rangka menjadi pusat pengeluaran sel darah & menyimpan 99% kalsium didalam tubuh. Mengamalkan supplemen tambahan juga membantu membaiki & mengekalkan kesihatan tulang & sendi.

Shaklee menawarkan supplemen tambahan semulajadi untuk menjaga kesihatan tulang & sendi.

Secara ringkasnya kebaikan set terbaik/lengkap untuk kesihatan sendi diatas  ialah : 
  • Memberi sokongan nutrisi kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi. 

Berikut adalah fungsi dan manfaat setiap supplement dalam Set Kesihatan Sendi Shaklee:
  1. Advanced Joint Health Tablet membekalkan glukosamina daripada ekstrak jagung bagi membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sendi. Ia turut diperkaya dengan Vitamin C yang diperlukan bagi sintesis kolagen yang merupakan satu komponen bagi tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yang lain di dalam tubuh. Ekstrak Boswellia di dalam Advanced Joint Health Tablet ini pula berfungsi sebagai anti-radang semulajadi.
  2. Asid lemak Omega-3 pula dapat diperolehi melalui OmegaGuard Shaklee. Pengambilan Omega Guard akan melambatkan degradasi tulang rawan dan mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi. Ia adalah anti-radang semulajadi yang bertindak sebagai pelincir bagi membantu pesakit sendi bergerak dengan mudah.
  3. OsteMatrix pula adalah supplement Shaklee yang bertindak untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat. Setiap hidangan OsteMatrix mengandungi 1000 mg Kalsium berasaskan semulajadi yang mudah diserap dan disertai dengan 400mg Magnesium bagi mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dan menguatkannya. OsteMatrix turut diperkaya dengan 400 IU Vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium dan mineral-mineral lain seperti Boron, Mangan, Tembaga dan Zinc bagi membantu metabolisme tulang dan mengaktifkan enzim yang membantu dalam kepadatan tulang. Ternyata OsteMatrix Shaklee lebih dari sekadar Kalsium biasa!

Hadiahkan buat ibu & ayah atau nenek & atok  kita agar mereka dapat menjalankan ibadat  & aktiviti harian dengan lebih aktif. InsyaAllah ini satu dari usaha kita. Semoga Allah mempermudahkan niat baik kita. 

Dengan ketiga-tiga supplement ini, dengan izin Allah, bengkak kaki ,sakit lutut, sendi dan tulang mereka akan berkurangan dan mereka akan lebih bebas untuk bergerak. Untuk mendapatkannya, hubungi saya Puan Shafiza di talian 018-957 0223 sekarang juga.


Saya Adalah Pengedar Sah Shaklee Anda,
Shaklee ID : 1099239
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-9570223

# sumber rujukan dari http://www.myhealth.gov.my






Demam Untuk Sihat....

Assalamualaikum..

Hari ni 19 Ramadhan 1435...2 hari yg lepas fiza demam selsema..Alhamdulillah, walaupun agak teruk selsema & sakit kepala pada mulanya tapi fiza x perlu ke klinik mcm dulu-dulu..owh lahai kalau ingatkan dlu..penuh sebekas kotak dgn ubat selsema,demam,panadol,migraine..macam-macam jenis ada..
Nape plak tak payah ke klinik?? sebabnya fiza amalkan makan Omega Guard, B-complex,Vitamin C & Vitalea Shaklee..mungkin sistem imun badan ni dah mampu utk bertindak menghasilkan antibodi utk menentang virus demam..hahaha giteww..Apapun Alhamdulillah..klau dulu,mahu 3-4 hari la terbaring demam sampai terpaksa ke klinik dengan 3-4 jenis ubat..kerap plak tu..maklum jela bila fiza ni jenis degil tak reti nak habiskan antibiotik yg doktor bagi kan..hrmm tu la padahnya

Sambil rehat menunggu azan zohor ni, fiza nak share sikit something yg fiza baca tentang DEMAM..
Pertukaran pandangan terhadap demam terjadi apabila aspirin tercipta di awal kurun ke 20 ini. Keupayaan aspirin mengurangkan demam telah disalahtafsirkan dengan keupayaan utk mengurangkan sakit.So, disinilah timbulnya anggapan bahawa sakit akan sembuh dengan mengembalikan suhu badan ke paras normal iaitu 98.6 darjah Fahrenheit.

Apabila seseorang itu dijangkiti penyakit badan yg menakjubkan akan dikeluarkan oleh sel darah putih. Bahan ini dipanggil Endogenous Pyrogen (EP) akan meningkatkan sistem ketahanan badan. EP akan mengarah hypothalamus diotak yg bertindak sebagai thermostat utk menaikkan tahap suhu badan. Seluruh badan akan bertindak balas utk menyimpan & meningkatkan suhu ke tahap baru.

EP juga akan menolong meningkatkan pembikinan sel-sel T yg beperanan penting dalam sistem ketahanan badan manusia. Pembikinan sel T meningkat sebanyak 20 kali ganda apabila suhu dinaikkan dari 98.6darjah kepada 102.2 darjah Fahrenheit. Interferon pula, sejenis agen antibodi akan bertambah 3 kali ganda apabila suhu ditingkatkan dari 102.2 kepada 104 darjah Fahrenheit. Disamping itu, EP akan mengarahkan " macrophage" dari sistem imun utk menyimpan & mengawal zat besi didalam hati. Tindakan ini menghalang bakteria dari memakan zat besi yang merupakan makanannya. Ini akan menghalang bakteria dari hidup & terus membiak. Semua ini berlaku apabila seseorang itu mengalami demam. Apabila kita memakan aspirin, demam akan terhalang dari terjadi sepenuhnya,,so, proses yang dinyatakan diatas tidak berlaku dgn lengkap.

So, fiza share kan sikit camne fiza atasi demam panas + selsema tanpa UBAT atau PANADOL
1st day, fiza mula bersin teruk, kepala berdenyut-denyut & badan mulai panas tapi since masih berpuasa & ada kat ofis, so fiza bertahan jelah..Lepas berbuka, fiza makan Omega Guard 2 biji, sebiji Vitalea & Vita C.
Lepas mandi utk sejukkan badan, fiza terus tidur sehingga waktu bersahur esoknya pukul 4 pagi...nak bagi badan rehat secukupnya.

Esoknya 2nd day lepas bersahur, fiza makan sebiji B-complex, Vita C & Vitalea..Alhamdulillah, selsema semakin kurang..hihihi takdelah meleleh berair je hidung mcm semalamnya..sakit kepala pun dah hilang cuma panas badan je masih ada..Yelah kan bulan puasa ni kan kita kurang minum air, so lambat la sikit nak turun panas badan ni especially dgn cuaca yg sngt panas skrg ni..Lepas berbuka, fiza ambil Omega Guard 2 biji, sebiji Vitalea & sebiji Vita C..Sebelum tidur,fiza ambil 4 biji Ostematrix utk hilangkan sengal-sengal badan.Alhamdulillah, bangun sahur keesokkan harinya badan rasa segar & demam selsema pun dah hilang..

Ok, maybe ada yg perasan..sebenarnya pengambilan sehari Vita C & Vitalea adalah sebiji jer tapi fiza ambil 2 biji masa fiza demam..Sebabnya Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jurang 5jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24jam & meningkatkan interferon semulajadi didalam tubuh kita...
Fiza ambil 2 biji Vitalea semasa demam sebab Fiza adalah pesakit anemia..so bila demam & tak selera makan, blood pressure fiza akan turun & menyebabkan fiza pening & pucat.Ada ketikanya fiza akan terasa seperti hendak pitam. Vitalea akan membantu mengekalkan tahap normal HB fiza & dengan mengambilnya bersama Vita C, akan membantu sel darah merah utk menyerap zat besi yg lebih baik serta membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman..InsyaAllah


Sekadar berkongsi pengalaman & apa yg fiza tahu...anyhow, jika anda yg sedang membaca ni ingin meningkatkan sistem imun tubuh utk lebih sihat atau ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh la hubungi fiza ye..

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee,
SID No : 1099239
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-957 0223

#sumber rujukan dipetik dari majalah Wanita#











Friday 11 July 2014

Merokok:Nikmat Yang Membunuh

Assalamualaikum..

Sambil menunggu utk beriftar bersama anak-anak,teringat abah..suami pulak masih ditempat kerja..banyak shipment katanya..kesian Mr Hubby terpaksa berulang alik lebih 100km setiap hari utk ketempat kerja dgn motor Honda nya..Alhamdulillah rezeki kami hanya setakat itu.

Abah & Mr Hubby,keduanya merokok..boleh dikatakan perokok tegar..Tapi tabiat merokok ni hampir meragut nyawa abah sedangkan sebelum tu,Abah tak pernah sakit apa2..tetiba dapat panggilan abah masuk ICU kerana serangan jantung..Ya Allah,gelap dunia seketika masa tu sbb fiza belum bersedia utk kehilangan Abah..sepanjang perjalanan dr Selangor ke Sg Petani,nangis & berdoa mohon abah selamat..Alhamdulillah,Allah makbulkan & operation memasukkan bateri selamat..sejak itu,Abah mula kurang merokok..begitu jgk Mr Hubby..InsyaAllah 1 hari akan berhenti..

Fiza nk share apa yg Fiza baca dlm sebuah majalah beberapa tahun dlu tentang rokok.
Rokok sebenarnya mengandungi banyak zat racun,seseorang itu lebih mudah diserang kanser selain dari racunnya mampu merosakkan Endotel(lapisan perlindungan pd bahagian dlm pembuluh darah) sehingga dapat mempercepatkan terjadinya Aterosklerosis (penyempitan & pengerasan pembuluh darah).Semakin tinggi tekanan darah seseorang,semakin meningkatnya risiko seseorang itu diserang penyakit jantung koroner mahupun strok.

Faktor risiko seseorang itu diserang penyakit jantung koroner dpt dibahagi kpd 2 iaitu yg tidak dapat diubah seperti jenis kelamin,keturunan & usia serta faktor yg dpt diubah seperti kolestrol yg tinggi,hipertensi,kencing manis,kegemukan,kurang berolahraga & stress.Lelaki sebenarnya jauh berisiko utk mengidap penyakit jantung koroner jika dibandingkan dgn wanita.Meskipun serangan jantung biasanya datang secara mendadak tetapi proses penyakitnya sendiri berlangsung selama bertahun-tahun.

Walaupun selepas operation memasang bateri dijantung Abah,Abah masih tidak mampu aktif melakukan aktiviti seharian spt memandu kereta,berjalan sbb Abah kan tercunggap-cunggap kepenatan..sehinggalah Fiza suruh Abah try consume COQ Health Plus Shaklee..Alhamdulillah setelah sebulan try COQ Abah mula sihat & tak lagi tercunggap-cunggap..Ya Allah,gembiranya..Mr Hubby pun "dipaksa" utk consume COQ Health Plus..hihihi..Alhamdulillah,masalah tidur berdengkur berkurangan..mungkin injap jantung Mr Hubby semakin sihat..InsyaAllah

Penyakit Jantung Koroner merupakan penyakit yg dapat dicegah dgn mengubah faktor gaya hidup & perlakuan.Kos pengubatannya adalah mahal terutamany bagi golongan sederhana mcm Fiza ni..Lebih baik mencegah dari mengubati.











Ini adalah kisah yg berlaku dlm famili Fiza sendiri tapi jika pembaca mempunyai tanda-tanda @ masalah yg sama..tak salah kiranya mencuba COQ Health Plus ni..anda boleh hubungi saya di talian 018-9570223 utk maklumat lanjut


Untuk sebarang pertanyaan atau pesanan sebarang produk Shaklee,anda boleh hubungi saya :
Puan Shafiza
018-9570223
Call/sms/whatsapp
Pengedar Shaklee Anda

*sumber mengenai penyakit jantung koroner dipetik dari majalah Wanita



Tuesday 8 July 2014

Ada apa dengan Vitamin C Shaklee??

Salam 11 Ramadhan,

Dah tengahari gini bila semua non muslim staff keluar lunch, mulalah rasa free & sedikit mengantuk..hahaha so sementara tunggu azar zohor ni terasa nak share pasl Vitamin C Shaklee..Nape Vitamin C Shaklee? Sebab sentiasa ada atas meja tak kiralah di ofis atau dirumah.


Fiza alami Ekzema sejak masih baby lagi..so banyak la tinggal "sejarah parut" especially bila ekzema makin teruk apabila fiza mengandung & alami alahan pada ubat penahan sakit (akibat kecedaraan tulang belakang)..Fiza mempunyai masalah kulit kering, so fiza mudah sangat terkena gatal-gatal..owhh zaman itu (sebelum kenal Shaklee)..dah macam beruk bila dh tergaru-garu gatalnya,,ahahaha apa nak buat memang tak tahan gatalnya..macam2 krim dah disapu tapi result tetap mcm tu..Then, doktor yg merawat anemia fiza suggest utk amik Vitamin C utk bantu sel darah merah & penyerapan zat besi yg baik..Since masa tu baru join jadi member Shaklee, so decided utk try Vita C Sustained Released & Alhamdulillah, masalah kulit kering, gatal-gatal & parut yg dah berzaman sejak azali tu mula hilang..pastu fiza pun dah jarang2 demam selsema..Dan yg paling best sekali, Mr Hubby puji fiza nampak semakin putih..warhhh..memang sengih sampai telinga la happy nya..hahaha (masa tu baru sebulan lebih try Vita C ni)

So, nak tau tak? apa perbezaan Vitamin C Shaklee dengan keluaran produk lain?




  • Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya..( takkan larat nak makan 7-8 biji buah oren Sunquick sehari kan..hahaha mau cirit birit!!)
  • Vita C Shaklee adalah yg pertama SEMULAJADI & bertindak secara "Sustained Released" atau dilepaskan dlm badan perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa didalam badan kita.
  • Setiap 100mg Vita C akan dilepaskan setiap jam utk 1 tablet, so kiranya semua Vita C yg ditelan tu digunakan oleh badan kita
  • Vitamin C Shaklee juga didatangkan bersama-sama dgn bioflavonoid utk membantu penyerapan Vitamin C yg lebih baik
Antara manfaat utama Vitamin C adalah :
  1. Membentuk kolagen - meransang pembentukan kolagen iaitu sebatian asas otot,tisu,gusi,rangka & tulang rawan
  2. Memperbaiki simptom pendarahan - Kekurangan Vitamin C akan menyebabkan gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam & kulit kasar
  3. Meningkatkan sistem imun - membina sel darah merah yg sihat utk penyerapan zat besi yg lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman serta mengurangkan simptom selsema, alergi hidung & asma
  4. Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti oksidan yg berkuasa & mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh
  5. Mencantikkan kulit- Pengambilan vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yg lebih cerah, melambatkan penuaan & penyekat pembentukan pigmentasi (jeragat)
  6. Memperbaiki insomnia , stress & keresahan
  7. Mengekalkan kolestrol sihat - Ianya mampu mengurangkan kolestrol & tekanan darah , mengekalkan kapilari darah yg sihat, menghalang pendarahan dlm hidung, pendarahan serebral & skurvi.
Cukupkah vitamin C hanya dari buah-buahan semulajadi tanpa mengambil supplement Vitamin C?

Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yg lengkap dlm 10 hari selepas buah itu ranum.Oleh itu, buah yg tidak ranum mengandungi Vitamin C yg sedikit. Kandungan Vitamin C akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik & dimusnah akibat terdedah kepada kepanasan.

Sebotol Vita C Sustained Released Shaklee mengandungi 180 tablet yg mana boleh bertahan sehingga 6 bulan dengan pengambilan sebiji tablet sehari. Harganya cuma RM 92.50 & RM 74 (harga ahli)..
Sangat jimat & murah kan..jom dapatkan sebotol Vita C Sustained Released hari ini.. 
Nak terus sign up jadi ahli pun boleh!! Jom saya bantu anda..

Anda boleh hubungi saya, Puan Shafiza di talian 018-9570223 (call/sms/Whatsapp)

Pengedar Shaklee Anda, SID#1099239





Monday 7 July 2014

Anakku pengidap G6PD Defiency

Assalamualaikum..

Petang-petang Ramadhan ni,teringat plak pada anak bujang yg sorang ni...macam2 akal comelnya..syukur pd Allah dia membesar dgn sihat walaupun mengidap G6PD..
Masa bersalinkan Fahmi mmg sangat mudah,hanya 20minit dari rasa sakit sampai bersalin tapi ujian Allah datang selepas itu..baru beberapa jam anak yg dilahirkan dipegang,doktor datang ambil pindahkan baby ke unit lain..bila ditanya doktor jawab,ujian darah anak akak tak boleh dibaca,error..berulang kali tubuh kecil itu dicucuk utk diambil darah..menangis & berdoa..itu je yg mampu saya buat..keesokannya barulah saya tahu Fahmi mengidap G6PD & bacaan jaundice berada ditahap bahaya..12hari,Fahmi ditahan diwad & 12hari jgk,saya berulang ke hospital dr pkul 8pagi balik 10mlm setiap hari..sakit bersalin & pantang dh jadi soal no 2..Selesai urusan dihospital,Fahmi yg dibenarkan pulang masih perlu mengambil bacaan darah setiap 2 hari.. Alhamdulillah,Fahmi bebas jaundice selepas hari ke 18 tapi kekal G6PD seumur hidup.

Disini Fiza kongsikan apa itu G6PD?
G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yg terdapat didalam sel darah merah.Ia bertindak dlm melindungi sel darah merah daripada pecah(hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubatan,makanan atau jangkitan.

Apa yang patut dilakukan bila anak kekurangan G6PD?
Elakkan anak dari bahan2 yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merahnya seperti :
√ memberi ubat-ubatan sendiri tanpa arahan doktor
√    ubat gegat
√  ubat-ubat tradisional ,jamu atau ubat sinseh
√    minyak gosok 
√    kacang parang

Sekiranya anak menunjukkan tanda-tanda seperti kelihatan pucat,terlalu letih,air kencing bertukar warna darah atau teh pekat,demam tiba-tiba,cepat-cepatlah segera bawa ke hospital..

Dulu,fahmi sangat mudah mudah demam & terkena jangkitan..setiap kali itu jugak saya akan bawa dia ke klinik kerana tak berani nak beri sebarangan ubat..tapi Alhamdulillah,lepas perkenalkan Meal Shakes & Vitamin C dlm menu harian Fahmi,dia semakin sihat & jarang sakit.

Ini sekadar berkongsi pengalaman fiza..Alhamdulillah Meal Shakes & Chewable Vita C membantu meningkatkan sistem imun anak saya.

Sekiranya, anda ingin mendapatkan Meal Shakes,Vita C chewable utk si manja anda..boleh call/whatsapp Fiza018-9570223..

Saya adalah Pengedar Shaklee,
ID : 1099239
Puan Shafiza
018-9570223






 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...