Rutin seperti biasa di awal bulan,saya terpaksa stay kat ofis utk settlekan closing account..sampai je nursery dah pukul 8pm..kesiannya anak2 mama kelaparan termasuklah mamanya jugak..hihihi..macam biasa,papa takde sebab bekerja..so,bawak anak2 singgah pasar malam jelah.
Tengah beratur nak beli apam balik,fahmi merengek-rengek mintak duit..kerana malas nk panjangkan rengekan dia,saya hulurkan RM1 (dalam hati ni,takut tercicir kalau bagi banyak2..alahai mamanya pun..)
Dapat je RM1, fahmi tersengih-sengih sambil ucap "terima kasih,mama" dan terus berlari ke arah seberang jalan yg sama..Allahuakbar,berderau jantung saya sambil memanggil namanya..Rupanya RM1 tu dihulurkan kepada seorang pakcik berkopiah putih namun tidak disambut..
Fahmi kemudiannya bersuara bila pakcik berkopiah putih tidak mengambil duit yg dihulurnya.."pakcik..nah..kita bagi"..sambil tersengih-sengih.."maaf ye,atuk tak nampak adik.. terima kasih" kata pakcik tu sambil meraba duit yg fahmi hulurkan..
Allahuakbar..speechless..proud of you my little imam..seronok fahmi bila dia dapat memberi..
Kadang-kadang kita lupa pada nikmat memberi kerana apapun jua yg kita miliki hari ini adalah pemberian Allah yg maha berkuasa & maha pengasih..kadang-kadang kita juga lupa bahawa sedekah itu takkan memiskinkan kita.. .apa yg fahmi buat tu adalah perkara mudah tapi bukan semua dari kita mampu berbuat demikian. Ada antara kita yg selalu meletakkan prasangla negatif bila nak bersedekah..contohnya terdetik dihati bila ada org mintak sumbangan anak yatim,dikatanya sindiket menipu..Ya Allah,tak salah rasanya jika kita memberi jika benar berniat utk sedekah..sekalipun benar dia menipu..itu urusan dia dgn Allah..Dakwah itu mudah & dakwah juga tidak semestinya hanya datang dari ustaz tetapi mungkin dari seorang anak kecik yg bersih hatinya tanpa prasangka..Wallahualam..
Terima kasih Ya Allah atas segalanya..nikmat anak bijak,nikmat anak sihat..nikmat anak yg soleh..InsyaAllah..Aamiin Ya Rabbal Alamin
0 comments:
Post a Comment