Ads 468x60px

Featured Posts

Thursday, 2 February 2017

21 Tips Diet Semulajadi

Assalamualaikum semua,

Wah...Shaklee buat promosi berganda bulan Feb ni..rasa rugi pulak kalau tak share dengan anda semua. Salah satu promo bulan ni adalah Alfalfa & Lecithin..Ishh macam tau-tau aje fiza nak diet..yelah kan walaupun menyusu baby, body nak kena jaga jugak especially lagi 3-4 bulan dah nak raya..


Antara manfaat Lecithin & Alfalfa adalah :



Lecithin- meringankan sembelit, menghalang tekanan darah tinggi, melindungi hati, perbaiki alergi dan mengandungi kolina yang dapat meningkatkan daya ingatan (bagus utk pelajar)

Alfalfa- Vitamin perapat wanita, melawan alahan seperti resdung, menghilangkan bau badan, melawan tumor, melegakan keletihan, mencegah arthiris, baik utk penghadaman.


www.shafizashafiee.com


Ada juga yang cakap,kalau ambil produk Shaklee pun kena bersenam, kena jaga kesihatan, kena jaga makan.. baik tak payah ambil. Memanglah..kalau kita boleh berdiet dan membekalkan nutrisi terbaik pada tubuh supaya sel otot kita tak rosak, tak perlu ambil pun apa-apa produk Shaklee. Tapi, kebanyakan dari kita mengamalkan diet salah dan merosakkan diri. Sebab tu ramai orang, bila diet cepat kurus tapi bila makan macam biasa, badan terus naik..


Tahukah anda keadaan itu adalah disebabkan oleh otot yang rosak akibat kekurangan protein semasa berdiet.

Diet dengan kurangkan makan sebenarnya bukan satu hal yang baik jika tiada "meal plan" yang betul.

Kurangkan –> kalori. Tapi protein kena makan dengan had yang mencukupi. Kalau protein kurang, otot mudah rosak. Bila otot rosak, pembakaran lemak tak jadi berkesan. berat badan turun kerana berat otot yang makin slim, tapi lemak masih banyak. Sebab tu lah bila makan banyak sikit, badan naik balik.

Jadi kena faham konsep makanan kesihatan untuk diet ni. So, fiza kongsikan 21 tips untuk panduan bersama.


21 Tips Diet Yang Berkesan

Tip 1 – Untuk tips pertama ini, anda perlukan dua biji lobak merah dan sebiji timun. Kemudian, buang kulit kedua-dua buah tersebut dan perah untuk dapatkan airnya. Selepas itu, campurkan perahan dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Anda boleh minum sebanyak dua kali sehari sehingga mencapai berat badan yang diimpikan.



Alasannya? – Lobak dan limau nipis mengandungi banyak antioksida didalamnya. Antioksida ini dapat meneutralkan radikal bebas dan seterusnya menjadikan sistem hormon badan anda menjadi seimbang. Jadi lemak-lemak bebas dapat disingkirkan dengan mudah.

Tips 2 – Jangan tinggalkan sarapan. Anda mungkin ingin kurangkan pengambilan makanan kerana berdiet. Lalu anda abaikan sarapan. Tetapi, tindakan itu adalah kurang bijak.

Alasanya? - Ini kerana, apabila anda telah berlapar semalaman kemudian tidak bersarapan. Kandungan glukosa dalam badan boleh menjadi rendah  dan mengakibatkan masalah fisiologi seperti pening dan pitam. Jadi, apabila tiba waktu  lunch, anda mungkin mengambil makanan secara berlebihan. Oleh itu, jangan tinggalkan sarapan walau hanya dengan sebiji buah epal.


Tips 3 – Kurma sebagai makanan pagi. Dengan pengambilan beberapa biji kurma sebagai sarapan, ianya mampu mengenyangkan dan membekalkan tenaga di sepanjang pagi. Malah, anda mungkin masih berasa kenyang sehingga tengahari. Dengan itu, anda tidak perlu makan dengan banyak di waktu lunch. Anda bukan sahaja dapat berdiet, malah mampu berjimat.



Alasannya? – Kurma mengandungi jumlah glukosa yang  sangat tinggi. Glukosa ini dapat memberikan tenaga yang secukupnya kepada badan untuk melakukan tugas harian. Berbanding makanan pagi yang berjenis kuih muih atau nasi, ia sebenarnya mengandungi tinggi kolestrol beserta karbohidrat.

Tips 4 – Ambil makanan kaya serat dengan banyak pada waktu makan. Contoh makanan kaya serat adalah; buah-buahan, sayur-sayuran, vitamin, mineral, dan bijiran penuh.

Alasannya? - Makanan seperti itu mempunyai kuantiti kalori yang rendah tetapi kaya dengan diet serat yang diperlukan oleh oleh tubuh setiap hari.


Tips 5 – Sediakan buah-buahan dan sayuran berwarna hijau, oren dan kuning pada waktu makan. Contohnya; brokoli, lobak, dan buah-buahan sitrus (e.g. limau). Makanan seperti itu mempunyai sifat antioksida yang tinggi dan boleh diambil sebanyak lima atau lebih hidangan pada setiap hari.

Tips 6 – Pastikan kadar pengambilan kolesterol di bawah 300 mg pada setiap hari.Bagaimana? Kurangkan lemak haiwan di waktu makan yang boleh meningkatkan kadar kolesterol dalam darah. Anda boleh realisasikannya dengan memilih daging kurang lemak dan produk tenusu rendah lemak.


Alasannya? – Lemak adalah jenis tenaga yang terakhir sekali digunakan oleh badan. Jadi kebanyakkan lemak yang diambil tidak digunakan dan ia disimpan dibawah tisu. Lemak inilah yang membentuk badan anda menjadikannya ia tidak menarik.

Tips 7 – Pastikan sumber protein dalam diet harian. Pertama, anda perlu kurangkan pengambilan gula dan karbohidrat yang boleh meningkatkan berat badan anda. Kemudian, ambil sarapan yang kaya protein seperti minum susu segar dan sebiji telur. Semasa lunch pula, makan makanan seperti sup sayur atau ayam bersama nasi separuh dan sebiji epal. Apakah hasilnya? Tubuh akan menyimpan lebih banyak tenaga untuk menjalankan aktiviti sehingga keesokkan hari.

Tips 8 – Lakukan aktiviti yang banyak pergerakan. Apabila anda ingin menjadi kurus, anda pasti terbayang aktiviti berjoging atau masuk ke gym yang melibatkan kos. Anda sebenarnya mempunyai pilihan iaitu dengan membuat aktiviti berjalan kaki sahaja. Ianya lebih mudah, murah dan menyeronokkan. Tambahan pula, aktiviti itu cukup untuk menjana tenaga dengan melatih paru-paru dan jantung untuk bekerja.
Untuk makluman anda, dalam setiap hari anda boleh melakukan aktiviti berjalan sebanyak 10,000 langkah sahaja.
Amalan 10,000 langkah setiap hari mampu membakar lemak anda dibahagian peha dan juga perut.
Jadi ia memudahkan anda mengurangkan berat badan anda ke tahap yang diingini.

Adakah anda fikir sukar untuk membuat 10,000 langkah dalam masa sehari? Bagi saya cara itu senang sahaja.

Antara aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mencapai 10,000 langkah adalah seperti:


·                     Berjalan-jalan dalam shopping kompleks dalam masa lebih 2 jam. 
·                     Untuk ke setiap destinasi, anda boleh parking kereta jauh sedikit dari tempat yang anda tuju.  
·                     Membersihkan rumah dengan menyapu serta mengelap lantai sebuah rumah. Ini bukan sahaja dapat menceriakan lagi rumah anda namun ia dapat memberikan anda satu senaman yang boleh menguruskan badan anda. 
·                     Berjalan kaki meronda-ronda taman dalam masa 2 jam.

Tips 9 – Lakukan sedikit aktiviti selepas makan. Pada kebiasaannya, diri anda merasa berat dan mengantuk selepas makan. Apa kata anda membuat sedikit perubahan dengan berjalan-jalan atau menaikki tangga selepas selesai makan.

Alasannya? - Ianya membantu untuk membakar sebahagian kalori dari makanan yang anda makan itu tadi. Tetapi, jangan pula terlalu mendesak. Ini kerana, anda baru habis makan dan mungkin boleh mendatangkan masalah lain.  

Tips 10 – Makan adalah satu keperluan, jadi jangan tak makan. Ini kerana, makanan adalah sumber kepada tenaga. Anda kurang makan, maka penggunaan tenaga menjadi kurang mengakibatkan tubuh anda akan mengalami kejutan. Perkara ini boleh menyebabkan kadar metabolisma anda menjadi rendah. Apabila hal ini berlaku, badan anda akan mula membakar otot untuk menggantikan makanan. Selepas itu, berat badan anda tidak akan berada pada tahap yang ideal.

Tips 11 – Minum air bersih 8 gelas sehari. Untuk pengetahuan anda, meminum air dalam kuantiti yang banyak boleh menurunkan selera makan  secara semulajadi. Oleh itu, sebelum makan makanan yang berat, minum air terlebih dahulu. Dengan berbuat demikian, anda dapat mengelakkan daripada makan dengan banyak.



Tips 12 – Kurangkan makanan yang bergaram. Sekiranya anda  mengambil garam dalam kuantiti yang tinggi, ianya menggalakkan penakungan air. Jadi, apabila anda kurangkan mengambil garam, sekaligus badan anda tidak menakung air dengan banyak. Seterusnya, tiada lagi masalah gemuk air.

Tips 13 – Jadikan air limau sebagai favourite drinks. Semasa anda makan di kedai makan, pesanlah air limau nipis atau oren. Ini kerana, minuman masam menggalakkan pembakaran lemak dalam badan. Tetapi, jangan pula pesan air limau yang manis.




Tips 14 – Katakan tidak kepada minuman berkarbonat. Saya yakin, anda pasti tahu bahawa minuman berkarbonat mengandungi 7-8 sudu gula. Banyak bukan? Dengan kandungan gula sebanyak itu, terang-terangan ia mampu memberi kemudaratan kepada tubuh badan dan mengganggu plan diet anda.

Tips 15 – Amalkan teknik pemakanan yang betul. Maksud teknik pemakanan di sini adalah merujuk kepada teknik kunyahan. Semasa makan, kunyahlah dengan perlahan-lahan dan jangan tergopoh-gapah. Cuba kunyah makanan yang disuap menjadi cebisan kecil sebelum ditelan agar ia mudah dihadam kelak.

Tips 16 – Gunakan piring makanan yang rata. Elakkan dari menggunakan piring yang cekung. Dengan memilih pinggan yang rata, maka anda dapat mengelakkan daripada mengambil makanan secara berlebihan. 

Tips 17 – Jangan percaya kepada mitos-mitos berdiet. Antara mitos berdiet yang kerap dibincangkan sehingga kini adalah; jangan sarapan pagi, jangan makan malam, jangan minum air masak, jangan minum jus oren. Sedangkan, mitos-mitos itu termasuk dalam plan diet yang baik dan sempurna.

Tips 18 – Tetapkan sasaran yang realistik. Anda harus meletakkan sasaran dalam tempoh menurunkan berat badan. Contohnya, minggu ini anda menyasarkan turun berat badan sebanyak 0.5 kg. Untuk minggu-minggu seterusnya, anda boleh  tingkatkan kepada 1-2 kg pula bagi mencapai berat badan impian. 

Tips 19 – Jangan timbang berat badan setiap hari. 


Alasannya? - Jika anda berbuat demikian, ianya boleh membuatkan anda berputus asa kerana anda tidak dapat melihat perubahan. Cadangan saya, timbang berat badan pada setiap minggu atau dua kali sebulan.

Tips 20 – Diari diet sebagai rekod. Untuk tips ini, saya sarankan anda memiliki sebuah diari diet. Dalam diari tersebut, anda perlu rekodkan setiap hari berapa kali dan berapa banyak anda makan, tahap kelaparan dan perasaan anda ketika makan.

Alasannya? - Dengan berbuat demikian, ianya mampu meningkatkan kepekaan terhadap tabiat makan anda. Lama-kelamaan, anda pasti dapat mengenalpasti dan menukar tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Kemudian, bolehlah anda merangka plan diet yang lebih berkesan.



Tips 21 – Cukup belajar teori sahaja. Ayuh mulakan langkah anda dengan mengamalkan teknik diet yang betul. Fiza percaya dengan teknik  diet yang betul berserta senaman anda mampu mengurangkan berat badan anda.



Setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza.  Jika anda ingin menjadi lebih sihat dengan diet harian anda, elakkan makan makanan yang diproses dan ambil lebih banyak makanan yang segar.

Semoga sharing ni bermanfaat untuk kita bersama. Kalau ada yang berminat dengan promo berganda Shaklee tu, call atau Whatsapp fiza ye..018-9570223 (Distributor ID : 1099239)




Perlu ke hidup mengikut rentak orang lain..?

Assalamualaikum ..

Apa yang fiza nak tulis kat sini hanyalah bersifat peribadi & pendapat sendiri based on experience..

Pernah tak korang rasa pressure sebab orang di sekeliling yang suka menilai hidup kita? Rasanya sedikit sebanyak mesti akan ada yang terasa kan.. "eleh, aku dulu lagi teruk dari dia tapi takde pon act macam dia tu..bla..bla..bla.." or " awak tak bole macam ni..saya dulu masa....bla..bla..bla" sedangkan masa tu korang tak mintak pon pendapat dia

Sebenarnya benda tu selalu jadi dalam hidup fiza sebab fiza biasanya diam (depends on people & relationship dia dengan fiza ...mostly because of respect for e.g faktor umur atau in laws).. tak semua orang akan faham bagaimana kita struggle dengan daily life & commitment kita tapi orang suka judge seolah-olah their experience confirmed suits with our situation kan or even annoying bila people act like they know what is the best for us.

Ok, how to handle?
1. Berbalik kepada Pencipta Yang Maha Esa. Bersujudlah padaNya..nangis la sebanyaknya..mohonlah kepadaNya. DIA Maha Mengetahui & takkan berpaling dari kita walau sebanyak manapun kesalahan & kekecewaan yang kita ada
2.Stop pressure yourself by comparing your life with others. Ujian setiap manusia berbeza walaupun hampir serupa..keadaan kita tak sama dengan keadaan hidup orang lain. Cukuplah sekadar jadikan pengalaman orang lain suatu pengajaran bukan kemestian penyelesaian..
3.Appreciate yourself & your life. Kalau kita sendiri tak hargai diri & hidup kita, macam mana orang lain pulak nak hargai kita.
4.Be thankful coz Allah is giving you chance to live another day..Bukan kaya yang akan jamin kebahagiaan kita..bukan cantik & pangkat yang akan jadi penentu darjat kita di akhirat nanti. Bersyukur dengan apa jua nikmat yang Allah bagi akan buat kita rasa bahagia sekalipon sekadar makan nasi dengan telur goreng (sedap tu..letak kicap..hihihi)..

Apa yang fiza share ni adalah apa berdasarkan apa yang fiza lalui..mungkin ada yang tertanya hebat sangatkah dugaan yang pernah fiza lalui? Jawapannya tidaklah sehebat mana..ada lagi yang lebih hebat ujian yang Allah beri pada mereka..Jika ada yang berkata fiza tak rasa bertapa sedih & sakitnya terluka dugaan rumahtangga berantakan, anda silap sebab fiza melaluinya sejak berpantang anak kedua hampir 7tahun yang lalu..fiza faham bagaimana hancurnya hati utk telan segala kepahitan sendirian dan memaafkan demi senyuman anak-anak.Bukan setakat nak hadapi perangai suami yang berubah 360 darjah, "perampas" yang serang mental fiza dengan tak henti-henti, dugaan kewangan sampai tak berduit nak makan,anak-anak tak sihat ditambah tantrum anak-anak,hutang keliling pinggang dan nak berhadapan dengan pressure orang sekeliling lagi..Allah..Hanya Dia Tahu..

Bohong kalau fiza tak menangis..kadang2 sampai tak terasa..tiba-tiba menitis airmata waktu buat kerja sebab rasa macam dah tak tertanggung..Tertidur dengan airmata tu dah menjadi rutin..sampai terasa nak lari je dari rumah.Satu hari mak cakap, "mak tahu camne sakit dan susahnya nak sabar sebab mak sendiri pernah rasa tapi Allah takkan duga kita lebih dari yang kita mampu..kalau kita hidup nak dengar & ikut telunjuk orang, kita akan penat ..berhenti sekejap..tenangkan diri,pandang mata anak-anak, ikhlaskan diri..mak tau anak mak boleh, anak mak cantik & berpelajaran..kau kena belajar longgarkan "genggaman kasih" tu walau sebanyak manapun kau sayang..InsyaAllah, dia akan patah balik sebab dia sayang kau & anak-anak dan ikatan tu akan kuat dengan sendirinya..cuma kau kena sabar..kena yakin..mintak doa banyak-banyak pada Allah.."

Fiza sedar..fiza terlalu fokus pada 1 benda saja..fiza mula berubah sedikit demi sedikit.. fiza mula terlupa akan diri sendiri bila terlalu pada fokus pada suami & anak-anak..Kalau fiza tak sayang diri sendiri macam mana mereka nak sayang pada fiza..Fiza mula reward diri sendiri walau sekadar tudung RM10-20..korang tau tak, fiza rasa macam dapat hadiah, seronok sangat..Fiza sedar masa ujian Allah tu, fiza sebenarnya "hilang nilai diri sendiri"..fiza yang dulu bergaya tetiba jadi selekeh sebab serabut dengan masalah perkahwinan. Alhamdulillah fiza dapat balik keyakinan diri. I'm beautiful the way I am and I don't need people to tell that I'm beautiful. Kan semua ciptaan Allah itu cantik & sempurna seadanya..cuma kita terlupa nak bersyukur bila dijadikan sempurna tanpa cacat cela.

Seterusnya, fiza fokus pada kerjaya walaupun sekadar makan gaji sebagai Executive Account..Alhamdulillah, fiza dinaikkan pangkat sebagai Senior Costing Executive selepas fokus hampir setahun bertungkus lumus siapkan setiap projek yang diberikan. Pada masa yang sama jugak, fiza mula berjinak-jinak dengan bisnes Shaklee. Bermula dengan bonus dua angka, fiza belajar untuk bermimpi..bermimpi untuk memiliki rumah sendiri, bermimpi untuk memiliki kereta MPV sendiri, bermimpi untuk merasa pakai barangan kemas..Mungkin mimpi fiza tu biasa-biasa saja pada korang tapi itu hakikat hidup fiza yang datang dari keluarga susah..seutas rantai tangan pun tak ada..

Semua yang berlaku bukan berubah dalam tempoh sehari semalam..bertahun fiza sabar & pujuk hati untuk dapat satu per satu..Alhamdulillah, fiza berjaya beli rumah sendiri, kereta MPV sendiri & merasa pakai barang kemas macam orang lain..yang paling fiza bersyukur, rumahtangga yang pernah retak menanti belah kembali bahagia perlahan-lahan..Kita tak boleh terus menari dengan rentak tari orang lain.kita kena tentukan rentak tari kita sendiri..jadilah diri sendiri, hargai & sayangi diri kita sendiri..Benar setiap ujian Allah itu ada hikmah yang kadangkala kita tak sedar..Kadang-kadang kita kena berhenti sekejap bila kita jatuh dengan ujian hidup, berhenti dengar setiap kata-kata orang sekeliling..bertenang & fokus pada kata hati kita..

Alhamdulillah, hari ini suami adalah orang yang banyak menyokong saya. Kami hanya manusia biasa yang tak pernah terlepas dari kesilapan. kami belajar dari kesalahan lalu. Fiza belajar memaafkan dan "melepaskan" walaupun tak pernah lupa setiap satu perkara yang terjadi. Fiza belajar memaafkan bukan kerana "mereka berhak dimaafkan" tapi kerana fiza berhak bahagia. Fiza belajar jadi "katak pekak"..belajar untuk maju kehadapan tanpa peduli kata-kata orang sekeliling..Fiza belajar tentukan rentak hidup sendiri..

Apa yang fiza kongsikan bukan untuk riak mendabik dada yang fiza dah berjaya..TIDAK..kehidupan fiza hanyalah sebuah kisah kehidupan yang biasa ..cuma sekadar berkongsi pengalaman yang sekalipun kita jatuh tersembam dengan ujian hidup, tak bermakna kita tak boleh bangkit berjaya & meneruskan langkah seperti orang lain..yakinlah dengan diri sendiri & rezeki Allah..Dia Maha Berkuasa..Dia Penentu Segalanya..Mintalah PadaNYA..

Mungkin ada yang akan kecam..ala pengalaman biasa-biasa je pon..well, you make your own point but we're different and this is my life, my experience & my blog,dear..hahaha jangan la marah..kata tadi nak jadi katak pekak kan (gurau je tau)..Terima kasih banyak-banyak sebab sudi baca & singgah blog fiza..Andai ada tersilap kata, fiza minta maaf ye..Assalamualaikum



Tuesday, 31 January 2017

Alahan Mengandung..alahai mabuk

Assalamualaikum semua..

Lama benar rasanya tak melawat blog ni..dah bersawang umpama gua dah ni hahaha..
Especially bila tukar office baru pastu tup2 rezeki dapat mengandung lagi ..huhu memang tak hadap la nak tengok laptop bila dah bermula episod alahan muntah2, pening..Adoi memang tahap lembik tak bermaya (bukan mengada-ngada tau..)

Walaupun mengandung kali keempat tapi mabuk alahan tu tetap teruk cuma melalui pengalaman yg sebelum ni, dapatlah jgk handle sikit2 walaupon lembik keletihan..maklum ler mengandung anak keempat ni umur pon dah menjengah 34 tahun..Alhamdulillah walaupun kadang2 tertewas dek mabuk alahan, fiza dah selamat melahirkan baby boy pada Aug 2016, anak keempat & putera kedua buat fiza dan suami..

So, alang2 dah melawat blog harini, fiza share la sikit tips2 menangani alahan mengandung ni :

1. Jangan ambil makanan yang terlalu pedas, berlemak, berminyak , berempah atau hanyir

2. Makan ketika perut tidak lapar sangat..maksudnya jangan tunggu nak makan sampai perut dah terlalu lapar sebab bila angin dah masuk perut, memang lagi sakan la alahan tu sebab dia dah bergabung dengan angin gastrik huhuhu.. makan sikit-sikit walaupun sekadar kunyah sekeping dua biskut.

3. Kunyah sepotong buah pada satu2 masa especially pada awal pagi utk mengurangkan rasa mual..contohnya sepotong buah epal, buah lai atau jambu air..

4. Cuba minum air halia suam..paling mudah ketuk halia, masukkan dalam air panas dan campur madu sikit..

5. Atau kalau nak yang cepat & mudah, boleh cuba Peppermint Ginger Plus Shaklee..Rasa berangin dan sejuk memberi kesan nyaman dan kelegaan bagi masalah kembung perut dan loya ketika mengandung ataupun mabuk perjalanan.


Fiza faham sangat macam mana perasaannya bila kita sangat tak selesa dengan rasa kembung, loya dan muntah tu.
Kalau boleh nak baring dan rehat je. Nak pergi dapur pun tak lalu. Lagi pulak nak bau macam-macam yang ada di dapur tu kan?
Jadi cepat-cepatlah hubungi fiza ye kalau nak cuba peppermint ginger ni..InsyaAllah ia sangat praktikal dan terbukti berkesan. Jangan biarkan alahan itu mengganggu aktiviti harian anda kerana banyak lagi yang menuntut lebih perhatian anda kan..off course suami dan anak-anak kan..
Oklah, jangan lupa whatsapp fiza kalau nak dapatkan sebarang info tentang produk shaklee ye..0189570223..
Semoga sharing yang sikit ni bermanfaat..jaga diri ye..Assalamualaikum..




Thursday, 11 June 2015

Doktor syak "Adhesion Colic"..apa tu?

Assalamualaikum semua..

Lama sangat blog ni bersarang labah-labah..ahahaha..sibuk dengan tugasan di office dan rumah..
Maklum jelah menguruskan anak 3 orang sendirian memang mencabar especially waktu pagi.

Apa yang fiza nak share ni sebenarnya terjadi dlm 2 bulan lepas..cerita pun dah basi tapi terfikir mungkin ada baiknya share something yang mungkin berguna untuk orang lain especially ibu-ibu yang bersalin operate mcm fiza.

Suatu hari...(alaaa mcm story telling pulak)..fiza sakit dalam perut, terasa kembung yang sangat menyakitkan..makin lama makin sakit. Mula-mula tu fiza still ok, amik minyak angin & sapu pada perut tapi tak berkurangan malah makin sakit bila menjelang malam. Sampai stage fiza menangis-nangis berguling sebab tak tahan sakit. Proses "pembuangan" dah 2 hari terbantut, langsung tak bole nak membuang..even kentut pun tidak..Husband plak busy masa tu, keluar awal pagi balik pun awal pagi esoknya..terpaksa la menahan kesakitan & ketakselesaan sepanjang malam..

Esoknya awal pagi bila husband sampai terus bawak ke klinik..nasib baik masa tu dapat doktor yang memang monitor health record fiza, so tak payah la explain yang fiza ni bersalin ceaser. Dia terus tekan abdomen perut dan bagitahu dia suspect apa yang fiza alami tu adalah "Adhesion Colic", kesan daripada operation hari tu..tergamam kejap dengan rasa takut. Kemudian, dia explain apa sebenarnya "Adhesion Colic " tu..

Semasa proses penyembuhan (healing process), parut akan terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut akan dibentuk dari tisu fibrous dan ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tidak langsung, ia akan menganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ia akan menyebabkan usus mengecil atau "mencekik" dan mengakibatkan makanan & gas tidak dapat melalui usus itu. Makanan & gas yg "tersangkut" akan mengembang & menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung & menyebabkan muntah malah pesakit juga tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga menyebabkan usus melekat sesama sendiri.

Biasanya orang yg mengalami Adhesion Colic akan merasa sakit perut (cramp-like pain), perut rasa kembung, loya atau muntah & tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat. Jika semua simptom berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikuatiri usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya..dan mungkin memerlukan pembedahan segera bagi mengelakkan usus pecah atau necrosis & membusuk di dalam abdomen.

Nasib baik fiza cepat refer ke klinik walaupun kalau diikutkan hanya sebab sakit perut & tidak boleh "membuang"..tapi rupanya ada sebab lain si sebalik masalah "pembuangan" tu..huhh takut la jugak bila dengar bab operation & usus pecah tu..Doktor bekalkan fiza dengan ubat tahan sakit dan ubat untuk flush out semua "hasil" dalam usus. Fiza diberi masa 2 jam untuk pastikan fiza membuang atau  terpaksa refer terus ke hospital. Alhamdulilah, "hasil ususku" keluar dan sakit perut semakin berkurangan..3 hari jugaklah fiza terpaksa MC.

Selepas seminggu, sakit semakin berkurangan tapi still terasa sakit especially selepas makan atau banyak bergerak lasak..Fiza ada buat follow up check up & ultrasound dengan doktor selepas tu. kata doktor, ia mungkin terjadi kesan daripada pembedahan bersalin puteri bongsuku hari tu. Kata doktor, fiza ada pilihan untuk monitor atau pergi ke hospital untuk rawatan selanjutnya dan pembedahan untuk menbetulkan semula usus.,Adoii ngeri betul bila dengar bab nak operate sekali lagi..Doktor kata kalau tak teruk sangat macam kes fiza ni, kena pastikan amik banyak serat & tak bole skipped "pembuangan harian"...ahahaha mcm kelakar tapi boleh membahayakan nyawa sendiri.

Langkah alternatif, Fiza amalkan Alfalfa & Herb Lax Shaklee untuk pastikan proses pembuangan yang lawas setiap hari. Alhamdulillah, setakat ni kejadian sakit perut yang teramat tu belum berulang.

So, fiza share sikit kelebihan Alfalfa & Herb Lax  Shaklee :

Image result for herb lax shakleeImage result for herb lax shaklee
Image result for Alfalfa shakleeImage result for Alfalfa shaklee


So, kalau ada kawan-kawan yang ada masalah "pembuangan" atau sembelit, boleh la try 2 produk ni.. tapi kalau satu pun InsyaAllah lancar sebab fiza dah try. Barang & khasiat yang baik kena la share info nya kan..Kalau ada yang berhasrat nak beli dengan harga yang menarik pun bole hubungi Fiza, 018-9570223. InsyaAllah mampu milik dan sangat menjimatkan.





 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...