Ads 468x60px

Thursday 11 June 2015

Doktor syak "Adhesion Colic"..apa tu?

Assalamualaikum semua..

Lama sangat blog ni bersarang labah-labah..ahahaha..sibuk dengan tugasan di office dan rumah..
Maklum jelah menguruskan anak 3 orang sendirian memang mencabar especially waktu pagi.

Apa yang fiza nak share ni sebenarnya terjadi dlm 2 bulan lepas..cerita pun dah basi tapi terfikir mungkin ada baiknya share something yang mungkin berguna untuk orang lain especially ibu-ibu yang bersalin operate mcm fiza.

Suatu hari...(alaaa mcm story telling pulak)..fiza sakit dalam perut, terasa kembung yang sangat menyakitkan..makin lama makin sakit. Mula-mula tu fiza still ok, amik minyak angin & sapu pada perut tapi tak berkurangan malah makin sakit bila menjelang malam. Sampai stage fiza menangis-nangis berguling sebab tak tahan sakit. Proses "pembuangan" dah 2 hari terbantut, langsung tak bole nak membuang..even kentut pun tidak..Husband plak busy masa tu, keluar awal pagi balik pun awal pagi esoknya..terpaksa la menahan kesakitan & ketakselesaan sepanjang malam..

Esoknya awal pagi bila husband sampai terus bawak ke klinik..nasib baik masa tu dapat doktor yang memang monitor health record fiza, so tak payah la explain yang fiza ni bersalin ceaser. Dia terus tekan abdomen perut dan bagitahu dia suspect apa yang fiza alami tu adalah "Adhesion Colic", kesan daripada operation hari tu..tergamam kejap dengan rasa takut. Kemudian, dia explain apa sebenarnya "Adhesion Colic " tu..

Semasa proses penyembuhan (healing process), parut akan terbentuk untuk menyambungkan bahagian tisu yang terluka. Parut akan dibentuk dari tisu fibrous dan ia tidak bersifat elastik seperti tisu usus. Maka secara tidak langsung, ia akan menganggu fungsi usus itu sendiri. Bahagian yang dipulihkan sebagai parut tidak boleh mengembang ketika makanan bergerak melaluinya. Jika pembentukan parut keterlaluan, ia akan menyebabkan usus mengecil atau "mencekik" dan mengakibatkan makanan & gas tidak dapat melalui usus itu. Makanan & gas yg "tersangkut" akan mengembang & menyebabkan kesakitan. Abdomen akan menjadi kembung & menyebabkan muntah malah pesakit juga tidak boleh kentut lalu menyebabkan usus tersumbat. Pembentukan parut ini juga menyebabkan usus melekat sesama sendiri.

Biasanya orang yg mengalami Adhesion Colic akan merasa sakit perut (cramp-like pain), perut rasa kembung, loya atau muntah & tidak boleh buang air besar akibat usus tersumbat. Jika semua simptom berterusan melebihi 12 jam, maka seharusnya membuat pemeriksaan doktor kerana dikuatiri usus bukan lagi menyempit tetapi tersumbat sepenuhnya..dan mungkin memerlukan pembedahan segera bagi mengelakkan usus pecah atau necrosis & membusuk di dalam abdomen.

Nasib baik fiza cepat refer ke klinik walaupun kalau diikutkan hanya sebab sakit perut & tidak boleh "membuang"..tapi rupanya ada sebab lain si sebalik masalah "pembuangan" tu..huhh takut la jugak bila dengar bab operation & usus pecah tu..Doktor bekalkan fiza dengan ubat tahan sakit dan ubat untuk flush out semua "hasil" dalam usus. Fiza diberi masa 2 jam untuk pastikan fiza membuang atau  terpaksa refer terus ke hospital. Alhamdulilah, "hasil ususku" keluar dan sakit perut semakin berkurangan..3 hari jugaklah fiza terpaksa MC.

Selepas seminggu, sakit semakin berkurangan tapi still terasa sakit especially selepas makan atau banyak bergerak lasak..Fiza ada buat follow up check up & ultrasound dengan doktor selepas tu. kata doktor, ia mungkin terjadi kesan daripada pembedahan bersalin puteri bongsuku hari tu. Kata doktor, fiza ada pilihan untuk monitor atau pergi ke hospital untuk rawatan selanjutnya dan pembedahan untuk menbetulkan semula usus.,Adoii ngeri betul bila dengar bab nak operate sekali lagi..Doktor kata kalau tak teruk sangat macam kes fiza ni, kena pastikan amik banyak serat & tak bole skipped "pembuangan harian"...ahahaha mcm kelakar tapi boleh membahayakan nyawa sendiri.

Langkah alternatif, Fiza amalkan Alfalfa & Herb Lax Shaklee untuk pastikan proses pembuangan yang lawas setiap hari. Alhamdulillah, setakat ni kejadian sakit perut yang teramat tu belum berulang.

So, fiza share sikit kelebihan Alfalfa & Herb Lax  Shaklee :

Image result for herb lax shakleeImage result for herb lax shaklee
Image result for Alfalfa shakleeImage result for Alfalfa shaklee


So, kalau ada kawan-kawan yang ada masalah "pembuangan" atau sembelit, boleh la try 2 produk ni.. tapi kalau satu pun InsyaAllah lancar sebab fiza dah try. Barang & khasiat yang baik kena la share info nya kan..Kalau ada yang berhasrat nak beli dengan harga yang menarik pun bole hubungi Fiza, 018-9570223. InsyaAllah mampu milik dan sangat menjimatkan.





 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...