Ads 468x60px

Thursday 17 July 2014

Demam Untuk Sihat....

Assalamualaikum..

Hari ni 19 Ramadhan 1435...2 hari yg lepas fiza demam selsema..Alhamdulillah, walaupun agak teruk selsema & sakit kepala pada mulanya tapi fiza x perlu ke klinik mcm dulu-dulu..owh lahai kalau ingatkan dlu..penuh sebekas kotak dgn ubat selsema,demam,panadol,migraine..macam-macam jenis ada..
Nape plak tak payah ke klinik?? sebabnya fiza amalkan makan Omega Guard, B-complex,Vitamin C & Vitalea Shaklee..mungkin sistem imun badan ni dah mampu utk bertindak menghasilkan antibodi utk menentang virus demam..hahaha giteww..Apapun Alhamdulillah..klau dulu,mahu 3-4 hari la terbaring demam sampai terpaksa ke klinik dengan 3-4 jenis ubat..kerap plak tu..maklum jela bila fiza ni jenis degil tak reti nak habiskan antibiotik yg doktor bagi kan..hrmm tu la padahnya

Sambil rehat menunggu azan zohor ni, fiza nak share sikit something yg fiza baca tentang DEMAM..
Pertukaran pandangan terhadap demam terjadi apabila aspirin tercipta di awal kurun ke 20 ini. Keupayaan aspirin mengurangkan demam telah disalahtafsirkan dengan keupayaan utk mengurangkan sakit.So, disinilah timbulnya anggapan bahawa sakit akan sembuh dengan mengembalikan suhu badan ke paras normal iaitu 98.6 darjah Fahrenheit.

Apabila seseorang itu dijangkiti penyakit badan yg menakjubkan akan dikeluarkan oleh sel darah putih. Bahan ini dipanggil Endogenous Pyrogen (EP) akan meningkatkan sistem ketahanan badan. EP akan mengarah hypothalamus diotak yg bertindak sebagai thermostat utk menaikkan tahap suhu badan. Seluruh badan akan bertindak balas utk menyimpan & meningkatkan suhu ke tahap baru.

EP juga akan menolong meningkatkan pembikinan sel-sel T yg beperanan penting dalam sistem ketahanan badan manusia. Pembikinan sel T meningkat sebanyak 20 kali ganda apabila suhu dinaikkan dari 98.6darjah kepada 102.2 darjah Fahrenheit. Interferon pula, sejenis agen antibodi akan bertambah 3 kali ganda apabila suhu ditingkatkan dari 102.2 kepada 104 darjah Fahrenheit. Disamping itu, EP akan mengarahkan " macrophage" dari sistem imun utk menyimpan & mengawal zat besi didalam hati. Tindakan ini menghalang bakteria dari memakan zat besi yang merupakan makanannya. Ini akan menghalang bakteria dari hidup & terus membiak. Semua ini berlaku apabila seseorang itu mengalami demam. Apabila kita memakan aspirin, demam akan terhalang dari terjadi sepenuhnya,,so, proses yang dinyatakan diatas tidak berlaku dgn lengkap.

So, fiza share kan sikit camne fiza atasi demam panas + selsema tanpa UBAT atau PANADOL
1st day, fiza mula bersin teruk, kepala berdenyut-denyut & badan mulai panas tapi since masih berpuasa & ada kat ofis, so fiza bertahan jelah..Lepas berbuka, fiza makan Omega Guard 2 biji, sebiji Vitalea & Vita C.
Lepas mandi utk sejukkan badan, fiza terus tidur sehingga waktu bersahur esoknya pukul 4 pagi...nak bagi badan rehat secukupnya.

Esoknya 2nd day lepas bersahur, fiza makan sebiji B-complex, Vita C & Vitalea..Alhamdulillah, selsema semakin kurang..hihihi takdelah meleleh berair je hidung mcm semalamnya..sakit kepala pun dah hilang cuma panas badan je masih ada..Yelah kan bulan puasa ni kan kita kurang minum air, so lambat la sikit nak turun panas badan ni especially dgn cuaca yg sngt panas skrg ni..Lepas berbuka, fiza ambil Omega Guard 2 biji, sebiji Vitalea & sebiji Vita C..Sebelum tidur,fiza ambil 4 biji Ostematrix utk hilangkan sengal-sengal badan.Alhamdulillah, bangun sahur keesokkan harinya badan rasa segar & demam selsema pun dah hilang..

Ok, maybe ada yg perasan..sebenarnya pengambilan sehari Vita C & Vitalea adalah sebiji jer tapi fiza ambil 2 biji masa fiza demam..Sebabnya Vitamin C dalam 2 tablet Vitamin C Shaklee (dalam jurang 5jam) mampu kekal dalam plasma darah kita selama 24jam & meningkatkan interferon semulajadi didalam tubuh kita...
Fiza ambil 2 biji Vitalea semasa demam sebab Fiza adalah pesakit anemia..so bila demam & tak selera makan, blood pressure fiza akan turun & menyebabkan fiza pening & pucat.Ada ketikanya fiza akan terasa seperti hendak pitam. Vitalea akan membantu mengekalkan tahap normal HB fiza & dengan mengambilnya bersama Vita C, akan membantu sel darah merah utk menyerap zat besi yg lebih baik serta membantu sel darah putih menentang bakteria & kuman..InsyaAllah


Sekadar berkongsi pengalaman & apa yg fiza tahu...anyhow, jika anda yg sedang membaca ni ingin meningkatkan sistem imun tubuh utk lebih sihat atau ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee, boleh la hubungi fiza ye..

Saya adalah Pengedar Sah Shaklee,
SID No : 1099239
Puan Shafiza
call/sms/Whatsapp : 018-957 0223

#sumber rujukan dipetik dari majalah Wanita#











0 comments:

Post a Comment

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfae Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...