Baru selesai bawak Aimy check up & jumpa doktor utk buat test Autisme..Alhamdulillah, doktor sahkan dia bukan Autisme tapi lambat bercakap. Sebagai ibu, ya saya sangat risau melihatkan perkembangan Aimy yg dilahirkan tidak cukup bulan 21 bulan yg lepas..Aimy mengalami masalah kurang berat badan walau secara pandangan seorang ibu, dia makan serba serbi.Berat Aimy hanya 8kg.
3 bulan yg lepas, Aimy masih belum boleh bercakap walau sepatah..Dia pandai tersengih, menggeleng bila tak nak sesuatu & tunjuk bila nakkan sesuatu contohnya botol susu bila nak susu..Aimy kurang menunjukkan minat bermain dgn abang & kakaknya. Begitu jugak bila di taska, dia hanya attached dengan babysitter yg sorang sahaja. Kebanyakan masanya dia hanya bermain sendirian dlm baby cord. Dia akan menangis bila ditegur oleh orang lain termasuklah atuk & neneknya..nak pegang atau dukung dia memang tak dapat lah..
Suatu hari, ada seorang nurse cakap yg Aimy menunjukkkan tanda-tanda Autisme bila dia tidak bercakap, kurang bersosial & perkembangan fizikalnya yg tidak memberansangkan.. Ya Allah, takutnya saya masa tu tapi nurse cadangkan utk buat early test & Alhamdulillah, Aimy memberikan reaksi positif semasa ujian dijalankan walaupun tanpa sebarang perkataan.
Disini saya kongsikan, sedikit tentang "Apa itu Autisme"
Penyebab utama autism ialah :
Komunikasi
Tindak balas sosial
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism
Tanda dan gejala
Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :
KomunikasiLambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial
Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan atau meransang perkembangan bahasa anak? Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka, membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka, cuba minta mereka bercakap.
Sebagai ibu, saya tak pernah berhenti berdoa,cuba berkomunikasi dengannya & berusaha. Apa yg saya usahakan adalah beri Aimy minum Meal Shakes setiap hari kerana Meal Shakes Shaklee menyediakan 24 jenis vitamin, mineral & zat perlu utk tubuh Aimy selain dari dapat membekalkan asid folik, biotin, kalsium & manesium utk membina tulang & sel-sel tumbesaran utk Aimy.
6 bulan konsisten Aimy ambil Meal Shakes setiap hari & Alhamdulillah, dia jarang demam. masalah ekzemanya berkurangan & berat badannya bertambah.. Dan yg paling seronok,sebelum usianya mencecah 2 tahun..she's finally speaks & graf berat badannya meningkat..gembira & syukur, itu yg mampu saya cakap & kongsikan..Meal Shakes hanya asbab kerana yg menentukan segalanya adalah Allah SWT..
Aimy mungkin seorang anak yg perkembangan fizikalnya agak lambat & dia juga mungkin lambat bertutur. Namun apa pun sebabnya, seorang anak yang lambat bercakap , biasanya apabila mereka mula, mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawan yg lain. Ya benar, Aimy dapat menyebut perkataan dgn lebih jelas.
Jadi, bagaimana nak tahu
yang anak kita termasuk dalam golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya
mempunyai masalah pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga
dewasa? Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak kita, berikan
arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”,
sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya, maka kita tak perlu
risau. Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina vocabulary (kamus
perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali. Perhatikan juga
adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti bagaimana mereka ingin
memberitahu kita yang dia nak menonton tv, nak minum susu, nak tukar lampin,
tak dapat mencapai permainan yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah
tanda anak telah dapat membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.
Anda hanya perlu risau dan
bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia
hampir 2 tahun, anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan
mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak
juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa, apabila merasakan ada sesuatu
yang tidak kena terhadap anak, sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa
mereka melakukan pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital. Sekiranya
betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar, memahami atau
bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah
perlu mengikuti terapi secepat mungkin. Semakin awal mereka bermula semakin
tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.
“Anak saya hanya boleh
menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika, dia masih belum boleh
membentuk perkataan lagi sedangkan ramai kawan-kawannya yang telahpun mula
bercakap dengan baik. Adakah saya perlu risau?”
Jawapannya, tidak. Tak
perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut perkataan yang
sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau, dalam sedikit masa lagi
dia akan mula boleh menggabungkan perkataan-perkataan tersebut.
Selagi mana anak boleh
menggunakan beberapa patah perkataan, menggunakan bahasa isyarat untuk
berkomunikasi, dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan
bahasa mereka adalah normal.
Kedua, sekiranya mereka
sudah mula bercakap satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam
ayat yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali
“Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. Atau apabila dia sebut “bola”,
ulang kembali “Muhammad nak main bola?”. Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali
memaksa mereka bercakap dan jangan menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih
belum mampu bercakap. Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah
bahasa emosi dan memek muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding
perkataan.
Dan yang terakhir, jangan
lupa mendoakan mereka. Kerana apapun yang kita buat akhirnya yang menentukan
segala sesuatu tetap adalah Yang Maha Esa.
Banyak penyebab anak lambat bercakap, perlu dilakukan terapi bicara, salam blogger dari saya di Indonesia
ReplyDelete